combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
214 Pelajar Cemerlang STPM Di Batu Pahat Terima Sumbangan Khas PM
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin bergambar bersama pada program sumbangan khas murid cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 daerah Batu Pahat di Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat hari ini.
Sebanyak 214 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di daerah ini menerima sumbangan khas daripada Pejabat Perdana Menteri sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan mereka, hari ini.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata sumbangan melibatkan bekas pelajar dari 16 sekolah menengah di daerah berkenaan bertujuan memberikan suntikan semangat kepada penerima untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
Beliau berharap para penerima akan terus melakar kejayaan pada masa hadapan, sekali gus menjadi contoh kepada pelajar lain.
“Program ini sebagai pemangkin semangat kepada semua dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bergantung pada peruntukan yang ada dan akan diteruskan di tempat yang lain pula.
“Sumbangan ini juga sebagai satu cara kerajaan menunjukkan keprihatinan dan komitmen dalam usaha memperkasakan pendidikan serta pengiktirafan kepada pencapaian pelajar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pelajar Cemerlang STPM 2025 di Auditorium Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat di sini, hari ini.
Seorang penerima, Afida Auni Airulnizam, 20, melahirkan rasa syukur atas sumbangan tersebut yang dianggap sebagai satu penghargaan dan pembakar semangat untuk terus menuntut ilmu.
Anak bongsu daripada dua beradik itu menyifatkan abangnya yang kini menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai idola untuk berjaya, selain memasang impian untuk mengikuti jurusan sains sukan jika berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti.
"Sumbangan ini akan saya simpan dan gunakan ketika di kampus kelak,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sardon, Rengit.
Nada sama dikongsi bekas pelajar SMK Tun Ismail, Muhd Ammar Firdaus Mohd Fadzil, 20, yang menyifatkan sumbangan berkenaan sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan ke peringkat lebih tinggi.