BTC USD 84,913.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jurutaip di rumah???

:eek::eek::eek::eek::eek:

inilah reaksi cik tipah bila baca iklan cenggini.:p

sesungguhnya ini semua:(scam:(scam:(scam

well pernah gak masa memuda dulu terpengaruh iklan macam ni tapi....bila pikir2 balik..kepapa lak bila nak keja kita kena bayar duit plak. :))
 
Csi...

lalu aku pon mengambil keputusan berjalan2 bersama pakcik aku yg setia !!!
.
.
.
....uncle google :D

aku tanya ngan pakcik aku
: pakcik! sape dia "Syarikat Autumn Paradise Sdn Bhd" tu yer??? dengan penuh tanda tanya...

pakcik aku pon menjawab dengan rakusnya
: kalo ngko nak tau, buka mata luas2..!!

autumn.jpg


terbuka lah mata aku macam mata ikan tembakul... dan terbuka lah pintu2 pengetahuan di pagi hari Jumaat yg mulia nie

lalu aku pon mengangkat sepanduk ini...
:(scam :(scam :(scam
 
fikir-fikirkan...

antara byk2 hasil aku berjalan ngan pakcik aku, ni antara ulasan terbaik setakat ni yg aku rate kan :D

Saya mencelah sedikit,

Ini adalah salah satu dari konsep mencari wang melalui internet. Cara ini ada disebut dari kitab Irfan Jutawan Internet.

Fikir secara positif dari pengorbanan RM50 boleh jadi RM3+++ sebulan. Ia adalah mustahil berlaku dan ada yang dipraktikkan ia mendapat sambutan ramai. Juta Sejuta pengguna internet melanggan email ini, maka beliau akan menjadi jutawan sekelip mata sahaja.

Tapi secara moral ada 2 pendapat, bila orang menyertai program ini adalah SATU, mendapat rezeki secara cepat tanpa usaha, memang betul perlu menaip tapi dalam KAEDAH yang ajarkan. Apabila ia nampak pelik dan susah, maka ia dianggap ditipu.

KEDUA, mereka menerima secara positif kenapa beliau boleh buat sedemikian? Kuncinya adalah kena usaha, seperti tangkap ikan di sungai tidak semestinya ikan dapat dijala dengan banyak hari ini dan mungkin esok ada rezeki lain. Jangan mudah putus asa.

Senario yang saya lihat hari ini, ramai nak senang dengan mendapat duit dengan mudah tetapi tidak berusaha melakukkannya dan mudah mempercayai tanpa menilai secara fakta dan analisis.

Oleh itu saya tidak menyalahkkan mereka mempromosi tetapi menyalahkan kepada mereka yang melanggannya. Hidup sekarang banyak cabaran dan dugaan dan tidak hairan RAJA sendiri boleh disaman inikan dalam dunia perniagaan tiada apa yang boleh dilihat jujur, semua penipu kecuali hari - hari poket
masuk kiri dan kanan, fikiran tidak hirau halal atau haram yang penting mulut tutup, poket buka. Bila terjadi poket tutup, maka mulut akan terbuka menghebohkan perkara yang telah bertahun-tahun perniagaan ini dijalankan tetapi hari ini baru heboh ia adalah penipuan.

Saya menyarankan kepada mereka tidak mudah terlena dengan ganjaran kerana itu bukan wang kita, wang kita sebenarnya adalah dari tulang 4 kerat yang diberikan TUHAN untuk usahakan rezeki yang ditaburnya.

sekian.


SUMBER
 
salam.........

wahai CG dulu ada thread jurutaip dirumah di CG tapi tak ingat lar kat site mane....dia cakap jurutaip dirumah....so cam mende nak di taip tue diowang akan bagi kerja kita taipkan then wat lar untuk berapa banyak siri yg kita mampu......

TAPI........hakikatnya tak de ape pon kerja just dia bagi format untuk kita sendiri wat pengiklanan supaya orang lain pon akan terpengaruh dan membeli juga........

aku dah terkena nasib lar RM20 jer tapi duit jugak...time tue aku tgh sesak dan perlukan duit...dad y lar aku cari kerja camtu....jgn percaya bulat-bulat!!!!!!!!!!1:(scam:(scam:(scam
 
Tugasan 1 - - - - Norhazlin Ibrahim to me

Nota:

Utk melayakkan anda bergerak ke peringkat kedua anda perlulah sekurang2 nya mendapat sebanyak 100 balasan berminat. Bila sudah mencecah jumlah ini, barulah kami akan berikan anda tugasan pada peringkat 2.



Ringkasan Kerja Penghantaran Email (Tugasan No.1):



1- Apa yg anda perlu lakukan adalah menghantar email iklan berkenaan kepada seberapa ramai pengguna yg boleh.

Cuma perlu dipastikan arahan utk membalas email berkenaan dipatuhi pengguna, cthnya email balasan mesti dialamatkan To: [email protected]

Cc: (Masukkan alamat email anda)

2- Selepas itu bila responder diterima dari pengguna anda hanya perlu pastikan semua keperluan/kehendak dalam email berkenaan dipatuhi.

Jika ada mana2 keperluan tidak dipatuhi anda mesti menghantar email kepada pengguna berkenaan memintanya membalas kembali email berkenaan seperti yg diminta.



3- Jika email yg diterima memenuhi syarat/keperluan email iklan, anda hanya perlu asingkan email berkenaan dgn cara menyimpannya didalam folder khas dalam mailbox anda . Sila buka emil yang baru khas untuk tugasan ini supaya tidak bercampur dengan email peribadi anda.



Itu sahaja tugas anda, dan pada setiap hujung bulan sekitar 30hb, saya akan ke email anda untuk melakukan pemeriksaan utk bayaran kepada anda.



4. Setelah selesai Tugasan 1 pada akhir bulan sila hantarkan:



a- Username:
b-Password:
c- Folder Name:

2- Kira berapa banyak balasan berminat yang berjaya anda kumpulkan:


a- Jumlah balasan berminat
b- Jumlah pengiraan tuntutan = Jumlah balasan berminat x
RM1.00

3- Also Please include your exact name, bank account number and latest Address


Pays will go out first week of the month (once checkings
cleared)or every 7th – 15th of every month.





Cth email iklan anda adalah seperti berikut:



JURUTAIP DIRUMAH DIPERLUKAN: RM3,800 SEBULAN (PENDAFTARAN PERCUMA)



Sahabat Sekalian,



Sedang mencari kerja atau perlukan duit yang lebih????



Kami bayar sehingga USD 1000 = RM 3,800 atau lebih secara bulanan.

Kami menawarkan kepada anda peluang pekerjaan di rumah seperti Menaip/kerani/setiausaha/penyelia/pelatih/Peg. Pemasaran/pengurus.



Pengalaman tidak perlu. Boleh menaip. Tiada had umur.boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Sepenuh masa atau part time.



Berminat atau ingin mengetahui dgn lebih lanjut!!!

Sila ikuti 3 langkah mudah seperti dibawah:



1- Klik button reply pada email anda

Pasti kan email dialamatkan ke : [email protected]

Cc: ([email protected])



2- Dengan perkataan anda sendiri, sila tulis samada anda berminat atau tidak dengan tawaran kerja ini

(ingat!!! Jgn tulis jawapan anda pada ruangan subject)



3- Sebelum Klik butang send, sila pastikan email iklan ini juga disertakan sekali.



Setelah anda memenuhi 3 langkah diatas dan menghantar email berkenaan, seperti yang diminta, kami akan menghubungi anda dengan maklumat terperinci seperti yang diperlukan.



Terima kasih.



SELAMAT BERTUGAS !

----------------------------------------------------------------


mcm siot jer tugasan... 100 org masuk kat dia rm 50= rm 5000 dapat.. baru aku dpt mulakan tugasan ke dua....

*****nye aku masa tu...:p:p:p:p
 
light me up...

Kalau kita membaca ulasan di atas, rangkap ini :
Code:
Cara ini ada disebut dari kitab Irfan Jutawan Internet

Menyebabkan 1 persoalan timbul dari bahagian medula oblongata aku neh...

Adakah buku Irfan Khairi yg dimaksudkan adalah punca utama/lahirnya scammer2 yg sebegini rupa???(sama cam buat duit ngan facebook/twitter atau yg seangkatan dengannya, sbb modus operandi deorg ni serupa, dan mcm2 lagi...)


atau dengan erti kata lain...

Adakah Irfan Khairi bapa scammer Malaysia????


minta pencerahan warga online CG...
 
Back
Top
Log in Register