BTC USD 84,004.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jurutaip di rumah???

wahai CG dulu ada thread jurutaip dirumah di CG tapi tak ingat lar kat site mane....dia cakap jurutaip dirumah....so cam mende nak di taip tue diowang akan bagi kerja kita taipkan then wat lar untuk berapa banyak siri yg kita mampu......

TAPI........hakikatnya tak de ape pon kerja just dia bagi format untuk kita sendiri wat pengiklanan supaya orang lain pon akan terpengaruh dan membeli juga........

aku dah terkena nasib lar RM20 jer tapi duit jugak...time tue aku tgh sesak dan perlukan duit...dad y lar aku cari kerja camtu....jgn percaya bulat-bulat!!!!!!!!!!1:(scam:(scam:(scam

sama la kite bro.. aku pun terkena.. aku kena rm 50
 
aku kene yg lagi lame dan mahalnye..kene rm380..badigol sood btol aku mase tu.Berhati2 la rakan2 ku sekalian..
 
owhh cmtu...

Nota:

Utk melayakkan anda bergerak ke peringkat kedua anda perlulah sekurang2 nya mendapat sebanyak 100 balasan berminat. Bila sudah mencecah jumlah ini, barulah kami akan berikan anda tugasan pada peringkat 2.



Ringkasan Kerja Penghantaran Email (Tugasan No.1):



1- Apa yg anda perlu lakukan adalah menghantar email iklan berkenaan kepada seberapa ramai pengguna yg boleh.

Cuma perlu dipastikan arahan utk membalas email berkenaan dipatuhi pengguna, cthnya email balasan mesti dialamatkan To: [email protected]

Cc: (Masukkan alamat email anda)

2- Selepas itu bila responder diterima dari pengguna anda hanya perlu pastikan semua keperluan/kehendak dalam email berkenaan dipatuhi.

Jika ada mana2 keperluan tidak dipatuhi anda mesti menghantar email kepada pengguna berkenaan memintanya membalas kembali email berkenaan seperti yg diminta.



3- Jika email yg diterima memenuhi syarat/keperluan email iklan, anda hanya perlu asingkan email berkenaan dgn cara menyimpannya didalam folder khas dalam mailbox anda . Sila buka emil yang baru khas untuk tugasan ini supaya tidak bercampur dengan email peribadi anda.



Itu sahaja tugas anda, dan pada setiap hujung bulan sekitar 30hb, saya akan ke email anda untuk melakukan pemeriksaan utk bayaran kepada anda.



4. Setelah selesai Tugasan 1 pada akhir bulan sila hantarkan:



a- Username:
b-Password:
c- Folder Name:

2- Kira berapa banyak balasan berminat yang berjaya anda kumpulkan:


a- Jumlah balasan berminat
b- Jumlah pengiraan tuntutan = Jumlah balasan berminat x
RM1.00

3- Also Please include your exact name, bank account number and latest Address


Pays will go out first week of the month (once checkings
cleared)or every 7th – 15th of every month.





Cth email iklan anda adalah seperti berikut:



JURUTAIP DIRUMAH DIPERLUKAN: RM3,800 SEBULAN (PENDAFTARAN PERCUMA)



Sahabat Sekalian,



Sedang mencari kerja atau perlukan duit yang lebih????



Kami bayar sehingga USD 1000 = RM 3,800 atau lebih secara bulanan.

Kami menawarkan kepada anda peluang pekerjaan di rumah seperti Menaip/kerani/setiausaha/penyelia/pelatih/Peg. Pemasaran/pengurus.



Pengalaman tidak perlu. Boleh menaip. Tiada had umur.boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Sepenuh masa atau part time.



Berminat atau ingin mengetahui dgn lebih lanjut!!!

Sila ikuti 3 langkah mudah seperti dibawah:



1- Klik button reply pada email anda

Pasti kan email dialamatkan ke : [email protected]

Cc: ([email protected])



2- Dengan perkataan anda sendiri, sila tulis samada anda berminat atau tidak dengan tawaran kerja ini

(ingat!!! Jgn tulis jawapan anda pada ruangan subject)



3- Sebelum Klik butang send, sila pastikan email iklan ini juga disertakan sekali.



Setelah anda memenuhi 3 langkah diatas dan menghantar email berkenaan, seperti yang diminta, kami akan menghubungi anda dengan maklumat terperinci seperti yang diperlukan.



Terima kasih.



SELAMAT BERTUGAS !

----------------------------------------------------------------


mcm siot jer tugasan... 100 org masuk kat dia rm 50= rm 5000 dapat.. baru aku dpt mulakan tugasan ke dua....

*****nye aku masa tu...:p:p:p:p

semakin terang penglihatan aku :)cgrock
 
tue lar pasal nur azwan....sib lar aku rm 20 jer...nie kawan kite nie rm380....perhhh banyak tue beb...leh wat bayar moto kriss gua 3bln sabar lar.......

BERSAMA KITA MENYE.SCAM MENDE HAMPEH CAMNIE!!!!:(scam:(scam:(scam
 
harap2 budak2 baru alert menda2 mcm ni...
aku dapat jer email ke dua.. aku x foward kat kawan2 aku..takut diorg kena tipu.. takat aku jer yg rugi xper r
 
ade lagi taip menaip nie...

aku pon dah terkena gak....:))

mmg tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....
 
hahahahahaha mari kita gelakkan diri sendiri same2!!!!!!!hahahahaha tapi yang tak terkena lagi, jgnlar ikut jadikan pengajaran
 
Inilah masalahnya orang kita bila cepat nak cari duit tapi tak pikir betul-betul..
 
ini teknik lama punye ma..ada lagi ker org scam teknik purba ni:))
 
awek aku dulu(skrg bini) siap nangis2 kene bebel dgn aku
pasal die masuk bende ni tak bgtau aku
die ckp bleh la wat partime nak kawin
tp email seperti yg diberitahu oleh norazwan
kene cari org len join bende ni
 
Back
Top
Log in Register