BNM Serbu Koperasi DinarDirham

CG Sponsors




cyber99

Fun Poster
Joined
Mar 5, 2011
Messages
811
Reaction score
88
Points
30
BNM serbu premis ambil deposit haram

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu sembilan premis sekitar Lembah Klang yang mempunyai kaitan dengan Koperasi Dinar Dirham Berhad kerana disyaki mengambil deposit haram.

BNM dalam satu kenyataan, berkata serbuan itu dilakukan hari ini dengan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara dari Jabatan Peguam Negara; Polis Diraja Malaysia; Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Cyber Security Malaysia.

Dalam serbuan itu, katanya, enam pengarah syarikat disyaki berperanan sebagai dalang dan ejen yang terbabit dengan pengambilan deposit haram ditahan serta menyita pelbagai dokumen bagi membantu siasatan.

"Lapan buah kenderaan bernilai RM1.5 juta disita dalam operasi berkenaan dan BNM membekukan 114 akaun dari 12 bank berjumlah RM15.3 juta.

"Sejumlah wang tunai dan mata wang asing berjumlah RM1.4 juta turut dirampas selain menyita logam seberat 22.5 kilogram (kg)," katanya.

Kenyataan itu berkata, Koperasi Dinar Dirham dipercayai menjalankan kegiatan yang salah mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Katanya, serbuan itu sebahagian daripada usaha berterusan antara agensi bagi mengekang sebaran bentuk skim kewangan haram.


ANTARA senarai nama syarikat yang disenaraihitamkan oleh Bank Negara Malaysia pada pautan rasminya di http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0301_status.htm

Tambahnya, pihak berkuasa juga sedang bekerjasama dengan Unit Perisikan Kewangan Brunei untuk menjalankan siasatan berhubung operasi syarikat itu di negara berkenaan bagi kesalahan sama.

"Mengikut Seksyen 137(1) FSA, menjadi kesalahan bagi sesiapa saja menerima deposit tanpa memiliki lesen. Penyiasatan berhubung pengubahan wang haram juga akan dilakukan mengikut AMLA," katanya.

Individu yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 137(1) FSA boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil yang diperoleh melalui aktiviti atau instrumentaliti haram, ketika kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Orang ramai dinasihati berhati-hati dengan kegiatan syarikat tanpa lesen untuk membuat pelaburan dan perlu merujuk kepada institusi kewangan berlesen yang tersenarai di laman sesawang BNM (www.bnm.gov.my).

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/356856/bnm-serbu-premis-ambil-deposit-haram
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,048
Reaction score
9,753
Points
1,746
banyak lagi tempat yg ambik deposit haram ni, pastu ada lak yg bermurah hati sumbang duit tak teragak agak serah duit, mmg menjadi la skim ni
 

syabrembo

Active Member
Joined
Oct 11, 2010
Messages
2,253
Reaction score
492
Points
41
Dulu pun pernah kiaskan. :)

Lebih parah apabila ada satu syarikat Malaysia kononnya dinar dirham yang promosi sampai ke akhbar tempatan dengan menjual/membusukkan nama bitcoin sahaja. Ceo tersebut pernah di temuramah/troll oleh geeky bitcoin dari luar negara kerana tidak dapat jawab, jawapan basic mengenai blockchain.
 

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
skim cpt kaya je pasti mlayu terpedaya
 

buncai

Fun Poster
Joined
May 21, 2011
Messages
563
Reaction score
26
Points
30
psl skim2 ni ada member penah ckp, xpa kita cuba dulu. ada rezeki ada la tu... hampeh betul
 

Abdul wahob

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
8,037
Reaction score
48
Points
70
Lama jgk compy ni bertahan rasnya....tokey2 sempt joli pakai keta2 mewah
 

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,851
Reaction score
8,258
Points
716
sejak kopi arang belakang kuali kena serbu
abis melarat kat skim2 lain....kipidap
 

VAMP

Ex-Super Mod
Joined
Feb 10, 2007
Messages
10,432
Reaction score
52
Points
130
Skim kitar semula, niat yang sama cuma cara penipuan nya berbeza ikut penedaran zaman.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register