notepad
Legendary Member

- Messages
- 15,750
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,750
- Reaction score
- 2,180
- Points
- 266
Jual tiga kambing Red Boer Kalahari RM29,500
Mohd Saifullah Razali, 29, (kiri) bersama pembeli dan kambing Kambing baka Red boer kalahari yang dijual pada harga RM13,000. FOTO IHSAN MOHD SAIFULLAH RAZALI
Kuala Terengganu: Seorang penternak kambing menjual tiga kambing Red Boer Kalahari dengan harga RM29,500 kepada dua penternak dari Pahang dan Kelantan, secara tunai, baru-baru ini.
Kambing terbabit dijual pada harga RM16,500 untuk dua ekor manakala seekor lagi berharga RM13,000 dan video serta gambar jualan kambing itu tular di media sosial sejak semalam, yang disifatkan warganet sebagai jualan kambing paling mahal pada tahun ini.
Penternak, Mohd Saifullah Razali, 29, berkata, dia tidak sangka berjaya menjual tiga kambing baka itu pada harga RM29,500 selepas mula menternak kambing pada 2018 dan membeli kambing baka itu setahun kemudian.
"Keputusan membeli dan menternak baka Red Boer Kalahari dengan modal RM15,000 berbaloi apabila kambing baka itu kini mendapat sambutan sangat menggalakkan.
"Kambing baka itu boleh dijual pada bila-bila masa sahaja kerana ramai penternak dan peminat kambing baka itu sedia membelinya.
"Tahun lalu saya menjual dua kambing baka itu pada harga RM15,000 dan jualan itu menjadi jualan tertinggi pada 2020," katanya yang berasal dari Kampung Kedai Ahad, Bachok, Kelantan.
Menurutnya, sebelum ini kambing kampung dijual pada harga RM1,000 hingga RM1,800 seekor, tetapi kambing baka boleh dijual pada harga RM10,000 ke atas bergantung kepada keadaan kambing.
Katanya, ketika ini dia memiliki enam kambing baka itu dan memperuntukkan RM500 sebulan untuk kos makanan.
Disiarkan pada: Ogos 19, 2021
Jual tiga kambing Red Boer Kalahari RM29,500 | Harian Metro
Kuala Terengganu: Seorang penternak kambing menjual tiga kambing Red Boer Kalahari dengan harga RM29,500 kepada dua penternak dari Pahang dan Kelantan, secara tunai, baru-baru ini.