BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Gempar anak kambing lahir berkepala dua di Melaka

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201


Gempar anak kambing lahir berkepala dua di Melaka

MELAKA – Penduduk di Bukit Kechil, Pernu dekat sini gempar dengan kelahiran seekor kambing berkepala dua semalam.

Pemilik ternakan, Abu Shah Hashim, 57, yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Abu berkata, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sejak 20 tahun dia mengusahakan penternakan.

Katanya, anak kambing berkepala dua itu bagaimanapun lahir dalam keadaan lemah.


“Selalunya, kambing betina ini akan lahirkan dua ekor anak tetapi kali ini cuma seekor sahaja namun ia berkepala dua. Ini kali pertama berlaku sepanjang saya menternak kambing,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya semalam.

Tambahnya, kejadian luar biasa itu disedarinya awal pagi semalam ketika memeriksa kandang.

“Saya nampak kepala dia ada dua, memang sangat terkejut. Saya harap anak kambing ni panjang umur, namun apa-apa pun saya anggap ini sebagai kebesaran Allah SWT. Semua ini berlaku atas kehendak-Nya,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register