BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Jual tiga kambing Red Boer Kalahari RM29,500

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266

Jual tiga kambing Red Boer Kalahari RM29,500​

Mohd Saifullah Razali, 29, (kiri) bersama pembeli dan kambing Kambing baka Red boer kalahari yang dijual pada harga RM13,000. FOTO IHSAN MOHD SAIFULLAH RAZALI

Kuala Terengganu: Seorang penternak kambing menjual tiga kambing Red Boer Kalahari dengan harga RM29,500 kepada dua penternak dari Pahang dan Kelantan, secara tunai, baru-baru ini.

Kambing terbabit dijual pada harga RM16,500 untuk dua ekor manakala seekor lagi berharga RM13,000 dan video serta gambar jualan kambing itu tular di media sosial sejak semalam, yang disifatkan warganet sebagai jualan kambing paling mahal pada tahun ini.

Penternak, Mohd Saifullah Razali, 29, berkata, dia tidak sangka berjaya menjual tiga kambing baka itu pada harga RM29,500 selepas mula menternak kambing pada 2018 dan membeli kambing baka itu setahun kemudian.

"Keputusan membeli dan menternak baka Red Boer Kalahari dengan modal RM15,000 berbaloi apabila kambing baka itu kini mendapat sambutan sangat menggalakkan.

"Kambing baka itu boleh dijual pada bila-bila masa sahaja kerana ramai penternak dan peminat kambing baka itu sedia membelinya.

"Tahun lalu saya menjual dua kambing baka itu pada harga RM15,000 dan jualan itu menjadi jualan tertinggi pada 2020," katanya yang berasal dari Kampung Kedai Ahad, Bachok, Kelantan.

Menurutnya, sebelum ini kambing kampung dijual pada harga RM1,000 hingga RM1,800 seekor, tetapi kambing baka boleh dijual pada harga RM10,000 ke atas bergantung kepada keadaan kambing.

Katanya, ketika ini dia memiliki enam kambing baka itu dan memperuntukkan RM500 sebulan untuk kos makanan.

Disiarkan pada: Ogos 19, 2021

Rezeki jadi penternak
Memang masyuk
 
Red boer kalahari ini untuk penjantan baka bukan untuk sembelih. kambing boer baka biasa itu dibela untuk daging.
Oh kambing baka patut la mahai....kambing baka nie, dia buntingkan smp 30 ekoq kmbg betina....kuat betoi nafsu kambing kn huhuhu
 
Ni baru jadi contoh, buat duit dari kambing.
Bukannya rogol kambing orang sampai mati.
 
Nak jual 3juta pun lagi bagus.
Asalkan ada pembeli.

Masa aku menternak dulu nk jual kambing biri2 betina cukup umur rm400 pun susah.
Last2 datang pakcik hulur rm300. Ambik je lah 300 dapat la tampung kos dedak sebulan
 
kalau bisnes ternak ni nak cari pembeli dia susah tak?
 
ibarat kucing jalanan dgn baka British short-hair yg pure la
 
kalau bisnes ternak ni nak cari pembeli dia susah tak?

Pembeli nak harga murah
Penjual nk harga tingg
Itu adat dunia

Harga standard
baka kampung +-28kg
Baka import +-26kg

Kalau bro boleh jual harga rm20k sekor kira hebat lah
 
Back
Top
Log in Register