BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hamba Pusat Tahfiz-Azhar Wahab aka SM Amin Pusat Tahfiz Amal , Al-Mansur Holdings

pernahkah anda didatangi perayu dana sekolah tahfiz ni..? biasanya dia tak mintak saja2, dia jual ba


  • Total voters
    134
Aku baru jumpa masa perhimpunan belia ni. Sebeleum ni dah jumpa kat kota damansara. 2 tahun lepas. Jumpa orang yang sama. Aku tegur la. Dia kata mana kenal,akuu cakap kan dulu kat kota damansara. Pastu aku try tanya "betul ke apa orang cakap pasal tahfiz ni?". Pergh,melenting,terus membebel. Dia kata biaq kita bagi bunga,depa balas taik la. Macam2 dia cakap. Pastu aku cakap la yang aku baru tanya betul ke tak? Bukan tuduh. Dia sengih malu. Pastu blah. Aku tak bagi dah duit kat diorang ni.

Lepas tu teringat balik ada orang cakap "kalau nak derma tu,derma je. Jangan dok kira,takut tak ikhlas". Menyesal kejap :))
 
Tahfiz 'jualan amal' ditutup

xpix_gal1.pagespeed.ic.IUDaNnihWi.webp


Alor Setar: “Mereka tidak menggunakan sistem pendidikan nasional dan banyak melakukan kegiatan yang tidak bertepatan dengan aspirasi pendidikan Malaysia.”

Itu kata Nazir Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Kedah (JAIK) Ismail Zakaria selepas membuat lawatan mengejut ke sebuah pusat tahfiz di sini yang sering dipersoalkan orang ramai kerana disyaki memperalatkan pelajarnya untuk menjalankan ‘jualan amal’.

Berikutan itu, kata Ismail, pihaknya akan menutup operasi pusat tahfiz terletak di Jalan Yan-Kuala Kedah itu kerana didapati menggunakan pelajar bagi menjual pelbagai barangan kononnya ia aktiviti kokurikulum.

Difahamkan, pusat berkenaan yang beroperasi sejak enam tahun lalu tidak berdaftar dengan pihak berkuasa walaupun sudah diberi notis penutupan sebanyak dua kali kerana tidak menepati syarat ditetapkan.

Berikutan itu, seramai enam pegawai JAIK termasuk Ismail membuat lawatan mengejut ke pusat tahfiz itu jam 9 pagi semalam.


sumber;http://www.hmetro.com.my/articles/Tahfiz_jualanamal_ditutup//Article
 
aku rasa tak perlu ditutup. cuma perlu ambil alih pentadbirannya dan buat penambahbaikan sistem pendidikannya. Mungkin pembelajaran tahfiz dia ok kot, yg masalahnya budak2 dia disuruh jual balm kat bank dan stesen minyak.
 
yelah..budak2 tu dihantar ke tahfiz utk belajar bukannya menjual barang2.
 
yg lg amat menyedihkan...menjual barang tu xkisah..then tgh org makan diorang bagi salam...HARAM bg salam ketika org tgh menjamu selera(makan)...Sedih, guru xajar..
 
Tau tutup je..ntah siasat ke tidak..mane tau mmg diorg xde income,sbb tu kne wt aktiviti cmtu..kalo dh siasat mmg scam bru la bertindak...
 
yg lg amat menyedihkan...menjual barang tu xkisah..then tgh org makan diorang bagi salam...HARAM bg salam ketika org tgh menjamu selera(makan)...Sedih, guru xajar..

Tempat makan kat IKEA dah ada budak jual barang macam nie..kesian jugak tengok...
 
dlm berita smlm ckp jaik terima aduan since 2007, tapi smlm baru g siasat.
huhu
 
Akhirnya. Ada jugak orang ambil tindakan setelah tahun tahun
 
Back
Top
Log in Register