utbahz
Active Member
- Messages
- 1,969
- Joined
- Jul 1, 2008
- Messages
- 1,969
- Reaction score
- 7
- Points
- 35
Pusat Tahfiz Amal
Salam Semua...
Kerapkali aku nak isi minyak atau berenti kat RnR, 80% kebarangkalian untuk aku jumpa adik2 dari Pusat Tahfiz Amal ni yg wat kutipan derma la, jual barang la.. Bila ditanya, diaorang claim anak-anak yatim.. Yg pelik nya pusat tahfiz lain x penah plak aku jumpa yg dermanya dikutip oleh bebudak ni. Kesian betul tgk diaorang ni macam kena paksa aje. Petang tadi pun jumpa lagi adik dr Pusat Tahfiz Amal.
X silap aku bebudak ni patut belajar lagi dan bukannya kena keluar meminta sedekah(Sori aku guna istilah mintak sedekah sbb aku npk diaorang dipergunakan oleh sesetengah org yg x takut hukum Allah). Pusat lain alhamdulillah, ada golongan dewasa yg kutip tanpa mempergunakan bebudak ni. Setakat ni aku dok ulang alik Tepeng-KL, mesti jumpa punya. Ramai benar budak2 yg dipergunakan.
Aku harap kiranya ada sesapa dr pihak berwajib dlm CG ni dapat pantau dan kasi caras mamat yg gunakan adik2 ni utk mintak sedekah. Diaorang ni dh menyalahi amanah Rasulullah utk menyayangi anak2 yatim.


Ada sesapa lagi yg mengalami pengalaman mcm aku.. Terbayang2 muka bebudak tu, muka kena paksa.
Salam Semua...
Kerapkali aku nak isi minyak atau berenti kat RnR, 80% kebarangkalian untuk aku jumpa adik2 dari Pusat Tahfiz Amal ni yg wat kutipan derma la, jual barang la.. Bila ditanya, diaorang claim anak-anak yatim.. Yg pelik nya pusat tahfiz lain x penah plak aku jumpa yg dermanya dikutip oleh bebudak ni. Kesian betul tgk diaorang ni macam kena paksa aje. Petang tadi pun jumpa lagi adik dr Pusat Tahfiz Amal.
X silap aku bebudak ni patut belajar lagi dan bukannya kena keluar meminta sedekah(Sori aku guna istilah mintak sedekah sbb aku npk diaorang dipergunakan oleh sesetengah org yg x takut hukum Allah). Pusat lain alhamdulillah, ada golongan dewasa yg kutip tanpa mempergunakan bebudak ni. Setakat ni aku dok ulang alik Tepeng-KL, mesti jumpa punya. Ramai benar budak2 yg dipergunakan.
Aku harap kiranya ada sesapa dr pihak berwajib dlm CG ni dapat pantau dan kasi caras mamat yg gunakan adik2 ni utk mintak sedekah. Diaorang ni dh menyalahi amanah Rasulullah utk menyayangi anak2 yatim.
Ada sesapa lagi yg mengalami pengalaman mcm aku.. Terbayang2 muka bebudak tu, muka kena paksa.
Ajaran SESAT Azhar Wahab telah difatwakan haram pada 21 September 2004.
![]()
Klik di sini untuk membaca butiran lengkap pengharaman ajaran terbabit.
Siapakah AZHAR WAHAB?
Kita ketahui AZHAR, pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd dan Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, Kedah.
![]()
Sila klik di sini untuk membaca maklumat lebih terperinci.
![]()
Teliti nama di bawah ini. Cuma buangkan perkataan 'YM Tuan Raja' dan 'Ibni' daripada nama tertera itu.
![]()
HASILNYA? ... SM AMIN, atau nama sebenarnya AZHAR WAHAB.
Lihat antara produk dijual oleh remaja Pusat Tahfiz Amal, PTA diperhambakan di seluruh negara selama ini.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Pengasas Al-Mansur dan Pusat 'TAHFIZ' Amal ...
http://www.youtube.com/watch?v=fxO4j2KPF8A
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Beginilah rupanya ...
http://www.youtube.com/watch?v=kYvcJ48VfsQ
Hidup kaya-raya tetapi mengapakah remaja di bawah umur harus terus diperhamba?
![]()
Saya secara terbuka, memohon SM AMIN atau AZHAR WAHAB untuk berhenti mengeksploitasikan remaja di bawah umur untuk memasarkan pelbagai produk keluaran syarikatnya.
Aduan telah dikemukakan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor.
Klik page 'Hentikan Perhambaan Kanak-Kanak Dan Remaja', kongsikan informasi berhubung kegiatan tidak berperikemanusiaan itu bersama masyarakat dan pemimpin di Malaysia.
Semoga tindakan berupaya dilaksanakan dengan kadar SEGERA
Sumber : http://www.mazidulakmal.com/2013/04/perhambaan-remaja-pusat-tahfiz-amal.html
![]()
This is why I don't donate to the so called "Pusat Tahfiz Amal" anymore. Dah lama dah tak bagi. Nampak gaya macam kita bagi amal dekat orang tua kutuk ni je.
Orang dia dimana-mana. Stesen minyak, kedai makan, buat muka kesian mintak sumbangan "ikhlas" katanya. Bila bagi seringgit tarik muka... Ambik duit dengan biadap tak pandang kita pun pastu terus blah. Mana akhlakmu? Kata ikhlas?
Kalau tak bagi lagi teruk... Membebel sorang-sorang. Siap ada kawan cerita budak-budak tu siap menjerit "arrgggh!!! Kenapa dengan hari ini ni!!!". Macam stress tak dapat collection bagus. Mesti budak tu dapat tekanan dari orang atas. Kesian budak-budak tu.
Mereka sewenang-wenangnya menggunakan kanak-kanak. Ada kalanya sampai lewat malam masih berpeleseran tanpa pengawasan orang dewasa dekat restoran, stesen minyak, tepi-tepi jalan cari derma. Apalah agaknya nasib budak tu. Tak sekolah ke? Bila masa dia mengaji dan menghafaz? Pernah ada seorang hamba Allah soal mereka dengan memberi ayat lazim pun tak hafal. Kata tahfiz.
Agaknya dalam ribuan kanak-kanak yang dipergunakan sampai lewat malam tanpa pengawasan tu ada tak sorang yang diculik ke..? Diperlakukan tak senonoh ke..? Orang jahat kan ramai kat luar sana. Nauzubillahiminzalik.
Kalau kita kesian dengan mereka (budak-budak tu) jangan bagi duit. Duit belanja pun jangan (sebab ketua diorang mesti akan check satu-satu). Jangan bagi apa-apa. Semoga dengan itu dengan sendirinya sindiket ini STOP. Nak bagi derma sebab kesian pada mereka, bagilah makanan atau apa-apa selain duit.
Macam mana nak kenal mereka? Selalunya mereka bersongkok (yang lelaki) dan bawak beg sandang. Yang lelaki ni target restoran, yang budak perempuan pulak duduk dekat pam-pam minyak berbaju kurung. Yang pastinya mereka akan gunakan resit "Pusat Tahfiz Amal". Please jangan bagi apa-apa. Post ini bukan nak menghasut supaya jangan sedekah.. tapi supaya sindiket ni tak berkembang biak. Kena jadi kejam sikit untuk stop orang tua ni.
Merosakkan nama institusi tahfiz je. Memalukan dan membusukkan nama Islam. Orang belum Islam akan nampak Islam ni macam lekeh sangat. This needs to stop. Please.. Share this and help educate people.
kredit Tengku Nuruddin
Perhambaan Remaja Pusat Tahfiz - Azhar Wahab aka SM Amin Pusat Tahfiz Amal , Al-Mansur Holdings
sumber asal, tak tau...
yg aku copy ni pun dia copy dari mana entah..
kalau astro, maaf... delete aje takpa..
al-kisah.....
C n P.....
Beberapa minggu yang lalu, aku baru sahaja
keluar dari balai ketibaan selepas kembali dari
Singapura. Dalam perjalanan pulang, aku berhenti
di sebuah restoran di Seremban. Sudah lama aku
tak makan di situ. Sedang aku menjamu selera,
aku di datangi seorang budak lelaki yang aku
rasakan usianya sekitar 10 atau 12 tahun.
Budak : Assalamu alaikum Pakcik. Harap dapat
beramal dan beri sumbangan untuk Pusat Tahfiz.
Aku melihat budak itu. Sambil tersenyum dia
menunjukkan buku resit bagi setiap sumbangan
yang diberi oleh orang ramai. Aku tenung wajah
budak tersebut.
Aku : Datang dari mana ?
Budak : Dari Kedah. Saya datang buat jualan
amal, kutip derma.
Aku : Jauuuuhhhnyaaaaa. Ni Seremban taw dik.
Kedah ke Seremban ni, dekat 600km. Apasal
sampai jauh sangat adik kutip derma. Orang
Kedah sana takkan bakhil bakhil tak mahu beri
sedekah ?
Budak : Kami kutip derma banyak tempat pakcik.
Kedah ada juga.
Aku : OooooOoooo. Adik kutip derma apa ?
Budak : Kami kutip derma untuk sekolah tahfiz
kami di Kedah.
Aku : OooOoooo ... ishhhh ..... sekarangkan musim
budak-budak sedang bersekolah, bukan musim
cuti. Apasal adik tak masuk kelas belajar ?
Budak : Kami sekolah swasta pakcik. Kami tak ikut
sistem sekolah kerajaan.
Aku : Isshhhh adik ni. Nak buat lawak lak. Sekolah
swasta pun, kena apply permit dengan
Kementerian Pelajaran dan kena ada sistem
belajar dan ko-kurikulum. Ni sekolah Tahfiz ke
atau sekolah Tipu ?
Budak : Kami sekolah tahfiz pakcik. Kami belajar Al
Quran saja.
Aku : Oh ye ke ? ermmmm ... OK laaa ...
memandangkan awak ni belajar sekolah tahfiz ...
Pakcik nak baca ayat Al Quran, lepas tu nak suruh
awak sambung ayat tu OK ....
Aku pun membaca 3 ayat dari surah Al Baqarah
dari ayat 20 hingga 23.
Aku : OK adik , sila sambung ayat yang pakcik baca
tu. Kalau belajar tahfiz, tentu boleh sambungkan ?
Budak tu dah cuak. Wajahnya dah pucat. ....
Ermmm ... ermmm ... Saya belum hafal surah tu
lagi pakcik.
Aku : Isshhh ... itu surah Al Baqarah, ayat 20
hingga 23. Takkan awak tak hafal ? sekali lagi saya
nak tanya, sekolah awak ni sekolah Tahfiz ke atau
sekolah Tipu ?
Budak : Sekolah tahfiz pakcik. Kami mula baca dan
hafal muqaddam saja.
Aku : OK, kalau macam itu, cuba baca surah As
Syams. pakcik nak dengar.
Budak tu semakin pucat ...... Saya belum hafal
lagi pakcik.
Aku tak puas hati. Aku pegang tangan budak tu
agar dia tak lari ..... OK kalau macam tu, tolong
baca surah Al Fatihah ...
Budak tu terkedu. Perlahan dia baca Surah Al
Fatiha sampai habis.
Aku : Astaghfirullahalazim. .... Awak baca Al
Fatihah pun tak betul. Makhraj Siin dengan Shad
tak betul, tajwid lintang pukang. Sekali pakcik nak
tanya, sekolah adik ni sekolah Tahfiz atau sekolah
Tipu ? Sebelum adik jawab pakcik nak ingatkan.
Orang yang menipu, ALLAH akan humban dalam
api neraka. Kalau adik nak menipu, siapkan diri
adik untuk masuk neraka.
Budak tu dah menangis ... tak terjawab.
Aku : Adik nak masuk neraka ?
Budak tu geleng kepala.
Aku : Sekolah ni sekolah tipukan ?
Budak tu angguk kepala.
Aku : OK nanti adik bagitahu Ustaz, cakap Pakcik
TAIKO pesan, takutlah dengan neraka ALLAH.
Orang yang berdusta atas nama agama,mereka
adalah orang munafik dan tempatnya lebih hina
dari orang kafir di neraka.
Berikut adalah maklumat berkenaan Pusat Tahfiz
Amal yang aku perolehi dari resit budak tu :
Pusat Tahfiz Amal
Km. 17. Jalan Yan Kuala Kedah
Mkm. Kangkong
06600 Alor Setar,
Kedah.
No. Telefon : 04-7647640 / 019 3893544
Bila aku google berkenaan Pusat Tahfiz Amal ni,
rupa-rupanya sudah banyak kes. Tapi aku hairan
mengapa pihak berkuasa KHUSUSNYA DI KEDAH
tidak mengambil tindakan.
Antara aduan dan rungutan yang aku temui
ialah :
1. Pusat Tahfiz Amal ? http://penaummi.blogspo
t.com/2011/04/pusat-tahfiz-amal.html
2. Guru Pusat tahfiz Ditangkap http://
www.mazidulakmal.com/2011/08/guru-pusat-tahfi
z-ditangkap.html
3. Pelajar Kutip Derma http://www.info-gallery
.org/2012/01/peralat-pelajar-kutip-derma-main-
perlu.html
4. Peminta Derma http://ummi-iman.blogsp
ot.com/2012/04/peminta-derma.html
5. Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja http://
ondscene.my/isuanalisis/pusat-tahfiz-pergunakan-
remaj
6. Paksa Anak Yatim Cari Dana http://
www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=20
11&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_
01.htm
7. 4 Guru Ditahan Jual Nama Anak Yatim Untuk
Raih Simpati http://www.kosmo.com.my/kosmo/
content.asp?y=2011&dt=0812&pub=
Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
Seandainya operator Pusat Tahfiz Amal ini ada
membaca posting aku ni, aku menyeru kepadanya
agar bertaubatlah. Mempergunakan agama serta
memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan
wang ringgit adalah satu perbuatan yang BUKAN
dari ajaran Islam. Malah perbuatan Pusat tahfiz
Amal ini menjadi fitnah kepada Pusat Tahfiz dan
Rumah Anak Yatim yang sebenar kerana
masyarakat akan meragui aktiviti pusat tahfiz/anak
yatim yang sebenar.
Tulisan ini tiada Copyright. Sila sebarkan jika ada
manfaat demi menyedarkan masyarakat agar tidak
timbul fitnah ke atas Ma'had Tahfiz dan Rumah
Anak Yatim yang benar-benar menjalankan operasi
berlandaskan syariat.