BTC USD 81,768.0 Gold USD 4,133.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri
r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya:

” Apabila seseorang memeluk
agama Islam dengan ikhlas, Allah akan
mengampunkan semua dosa-dosanya di
masa lalu. Kemudian setelah itu mulai
diadakan perhitungan, pahala untuk
setiap perbuatan baik yang dilakukannya
dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh
ratus kali ganda sedangkan setiap dosa
yang dilakukannya akan dicatat sebanyak
dosa yang dilakukannya kecuali apabila
Allah mengampunkannya.”

(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu said al-Khudri r.a katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda:”Lelaki tidak
boleh melihat aurat lelaki dan perempuan
tidak boleh melihat aurat perempuan.
Lelaki tidak boleh berselimut sesama
lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian
dan perempuan tidak boleh berselimut
sesama perermpuan dalam satu selimut
tanpa pakaian.” (riwayat Bukhari)
 
Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi
s.a.w sabdanya:”Apabila kamu
menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari
kayu api, kemudian dibawanya seikat
kayu di punggungnya lalu dijualnya dan
Allah memberi kecukupan bagi
keinginannya, itulah yang lebih baik
baginya daripada ia meminta-minta
kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Permudahkanlah semua urusan dan
jangan menyusahkannya, berilah khabar
gembira dan janganlah membuat sesuatu
yang menyebabkan orang lain lari.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Last edited:
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a
beliau mengatakan bahawa Rasulullah
s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput
solat Asarnya samalah ertinya dia telah
kehilangan keluarga dan harta
kekayaannya.”(riwayat Bukhari)
 
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin
Sakhr r.a katanya:”Aku mendengar
Rasulullah S.A.W bersabda:”Apa yang aku
tegahkan kamu daripadanya maka
hendaklah kamu menjauhinya dan apa
yang aku perintahkan kamu dengannya
maka hendaklah kamu kerjakan
daripadanya apa yang kamu mampu.
Sesungguhnya telah binasa orang-orang
yang sebelum kamu oleh sebab
banyaknya pertanyaan mereka dan
perselisihan mereka terhadap nabi-nabi
mereka.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : “
Aku mencerca seseorang dengan
memanggil ibunya dengan sapaan yang
buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda
kepada ku :

” Ya Abu Dzar! Apakah kau
mencaci maki seseorang dengan menyeru
ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam
diri mu masih tertinggal sifat-sifat
Jahiliah.

Pembantu-pembantu mu adalah
juga saudara-saudara mu dan Allah
menempatkan mereka di bawah perintah
mu.

Maka sesiapapun yang saudaranya di
bawah perintahnya harus diberi makanan
yang sama dengan yang ia makan dan
diberi pakaian yang sama dengan yang ia
pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan
pekerjaan di luar kemampuannya dan
apabila kamu terpaksa melakukannya,
bantulah mereka.”

(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :”
Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah
pernyataan, baginda mengulanginya
sampai tiga kali hingga orang ramai dapat
memahami dan mengerti perkataannya
dengan baik dan setiap kali nabi meminta
izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia
mengetuk pintu) tiga kali dan
mengucapkan salam.” (riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr
bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak
akan mengambil kembali ilmu (agama)
dengan mengambilnya dari (dalam hati)
manusia, tetapi mengambilnya kembali
dengan kematian para ulama hingga tidak
bersisa, lalu orang ramai akan mengambil
orang-orang ***** sebagai pemimpinnya
yang apabila orang-orang itu bertanya
kepada mereka, mereka akan
memberikan jawapan-jawapan yang tidak
didasarkan kepada ilmu. Maka mereka
akan berada dalam kesesatan dan
menyesatkan orang lain.”(riwayat Bukhari)
 
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:”
Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak
dengan seorang Ansar (lelaki) yang
sedang menegur saudara lelakinya kerana
ia sangat pemalu. Ketika itu juga
rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia
kerana malu adalah sebahagian daripada
iman.”(riwayat Bukhari)
 
Back
Top
Log in Register