BTC USD 81,573.7 Gold USD 4,023.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik
radiyallahu 'anh khadam Rasulullah
saw dari Nabi saw, sabdanya:
"Tiada beriman seorang kamu hingga ia
mencintai untuk saudaranya apa yang ia
cintai untuk dirinya."

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi
dia tidak terburu-buru menyebabkan dia
berkata: Aku berdoa tetapi tidak
dimakbulkan.

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a isteri
Nabi s.a.w katanya:

Nabi s.a.w sering berdoa ketika
sembahyangnya dengan berkata: yang
bermaksud: "Ya Allah! Sesungguhnya aku
memohon perlindungan kepadaMu
daripada siksa kubur dan aku memohon
perlindungan kepadaMu daripada fitnah
Dajjal. Aku juga memohon perlindungan
kepadaMu daripada fitnah semasa hidup
dan selepas mati. Ya Allah! Aku memohon
perlindungan kepadaMu dari segala dosa
dan hutang".

Aisyah berkata lagi: Seseorang
telah berkata kepada Rasulullahs.a.w:
"Alangkah banyaknya kamu memohon
perlindungan dari beban hutang wahai
Rasulullah!"

Lalu Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya seseorang yang sudah
terkena beban hutang, apabila dia
berkata-kata dia akan berdusta dan
apabila berjanji dia akan mengingkari."

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a
katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara
tanda-tanda hampir Kiamat ialah
terhapusnya ilmu Islam, munculnya
kejahilan, ramainya peminum arak dan
perzinaan dilakukan secara terang-
terangan. "

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a
katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda: "Beberapa hari sebelum
munculnya hari Kiamat,ilmu Islam
dihapuskan, timbulnya kejahilan dan
banyak berlaku jenayah terutama jenayah
pembunuhan. "

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan muncul
suatu ketika di mana ilmu Islam
dihapuskan, muncul berbagai fitnah,
berleluasanya sifat kedekut dan banyak
berlaku jenayah."

Sahabat bertanya:
"Apakah jenayah yang dimaksudkan?"

Rasulullahs.a.w bersabda: "Iaitu jenayah
pembunuhan. "

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Diriwayatkan drpd Alqamahr.a katanya:
Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama
Abdullah r.a. Kami bertemu dengan
Uthman r.a yang kemudian menghampiri
Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa
ketika, Uthman r.a bertanya:"Wahai Abu
Abdul Rahman,Mahukah aku jodohkan
kamu dengan seorang perempuan muda?
Mudah-mudahan perempuan itu akan
dapat mengingatkan kembali masa
lampaumu yang indah."

Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab:
"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar
dengan apa yg pernah disabdakan oleh
Rasulullah [s.a.w] kepada kami: Wahai
golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu
yang telah mempunyai keupayaan iaitu
zahir dan batin utk berkahwin, maka
hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya
perkahwinan itu dapat menjaga pandangan
mata dan menjaga kehormatan. Maka
sesiapa yang tidak berkemampuan,
hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu
dapat mengawal iaitu benteng nafsu.

[Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a
katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah kamu saling benci membenci,
dengki mendengki dan sindir menyindir.
Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah
yang bersaudara. Haram seseorang Muslim
berkelahi dengan saudaranya lebih dari
tiga hari lamanya."

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah kamu berbicara dengan ucapan
yang buruk, janganlah kamu sindir
menyindir, janganlah kamu
memperdengarkan khabar orang lain dan
janganlah sebahagian kamu menjual atas
jualan sebahagian yang lain. Sementara
itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba
Allah yang bersaudara. "

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari
r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Haram bagi seseorang muslim berkelahi
dengan saudaranya lebih dari tiga malam,
apabila keduanya bertemu saling
memalingkan mukanya. Sementara itu,
yang terbaik di antara keduanya adalah
mereka yang mula mengucapkan salam."

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Back
Top
Log in Register