BTC USD 81,667.8 Gold USD 4,026.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga
terdapat sejenis pohon, jika seorang
penunggang melaluinya ia akan terus
berada dibawah naungan pohon itu
selama seratus tahun belum
melepasinya."

( Riwayat Bukhari )
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila
seseorang daripada kamu sedang berpuasa
pada suatu hari, janganlah bercakap
tentang perkara yang keji dan kotor.

Apabila dia dicaci maki atau diajak
berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia
berkata: Sesungguhnya hari ini aku
berpuasa, sesungguhnya hari ini aku
berpuasa.

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah
kamu bersahur kerana di dalam bersahur
itu ada keberkatannya.

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Zaid bin Thabit r.a katanya:
Kami pernah bersahur bersama Rasulullah
s.a.w. Setelah itu kami pun menunaikan
sembahyang Subuh. Kemudian aku
bertanya: "Berapakah selang waktu di
antara keduanya?"

Baginda menjawab: "Kira-kira bacaan lima puluh ayat. "

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga
terdapat sejenis pohon, jika seorang
penunggang melaluinya ia akan terus
berada dibawah naungan pohon itu
selama seratus tahun belum
melepasinya."

( Riwayat Bukhari )

Rendangnya pokok ni, dengan mengambil kira speed kuda berlari adalah selaju 40km sejam konsisten, maka dalam tempoh 24 jam, kita dah bergerak sejauh 960km, ibarat dari Johor Bahru ke Hat Yai Thailand.

Tu baru 24jam (1 hari) kalau setahun 365 hari = 350, 400 km. Kali pulak seratus maka silara pokok ni sebesar diameter 35 juta 40 ribu kilometer.

Betulkan aku kalau matematik aku salah. :D
 
Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW beliau
bersabda:
"Janganlah sekali-kali seorang laki-laki
berduaan sahaja dengan seorang wanita,
melainkan dengan didampingi seorang
mahram."

Lalu ada seorang laki-laki berdiri
dan berkata: "Isteri saya pergi haji,
sedangkan saya telah ditetapkan untuk
ikut dalam peperangan ini dan peperangan
itu."

Rasul berkata: "Kembalilah,dan
pergilah haji bersama dengan isterimu."

[riwayat Bukhari]
 
Beliau mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda: "Apa pendapat kamu sekiranya
terdapat sebatang sungai di hadapan pintu
rumah salah seorang dari kamu dan dia
mandi didalamnya setiap hari sebanyak
lima kali. Apakah masih lagi terdapat
kotoran pada badannya?"

Para Sahabat menjawab: "Sudah pastinya tidak terdapat sedikit pun kotoran pada badannya."

Lalu baginda bersabda: "Begitulah
perumpamaannya dengan sembahyang
lima waktu. Allah menghapuskan segala
kesalahan mereka."

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Rendangnya pokok ni, dengan mengambil kira speed kuda berlari adalah selaju 40km sejam konsisten, maka dalam tempoh 24 jam, kita dah bergerak sejauh 960km, ibarat dari Johor Bahru ke Hat Yai Thailand.

Tu baru 24jam (1 hari) kalau setahun 365 hari = 350, 400 km. Kali pulak seratus maka silara pokok ni sebesar diameter 35 juta 40 ribu kilometer.

Betulkan aku kalau matematik aku salah. :D

betul tu bro, mmg kuat mengkaji bro ni
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda:

Allah s.w.t akan turun ke langit dunia
setiap malam ketika sepertiga malam yang
terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang
berdoa kepadaKu, maka Aku akan
menerima permintaannya dan sesiapa
yang meminta keampunan dariKu maka
Aku akan mengampuninya. "

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Allah tersenyum (reda) terhadap dua
orang lelaki,salah seorang darinya
membunuh yang seorang lagi namun
kedua-duanya dimasukkan kedalam
Syurga."

Para Sahabat bertanya: "Bagaimana
boleh terjadi begitu wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda: "Seseorang yang ikut
berperang pada jalan Allah lalu beliau mati
syahid, kemudian orang yang membunuh
tadi telah bertaubat dan Allah telah
menerima taubatnya. Setelah memeluk
Islam beliau juga turut keluar berperang
pada jalan Allah, kemudian beliau juga
mati syahid. "

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Back
Top
Log in Register