BTC USD 81,667.8 Gold USD 4,026.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Daripada Abu Juhaim r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Sekiranya seseorang yang
melintasi di hadapan orang yang sedang
solat mengetahui dosa yang akan
menimpanya, nescaya ia berdiri disitu
selama ‘empat puluh’ adalah lebih baik
daripada melintasi dihadapan orang itu."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

empat puluh apa tu? masa ker?

tengok balik bro hadith ni dalam bahasa arab original content. Apa yg dimaksudkan "empat puluh" ?
 
Dari Aishah r.a katanya :
Bahawa Nabi s.a.w. memasuki rumahnya
dan di dalamnya itu ada perempuan

Baginda lalu bertanya : "Siapakah wanita
itu?"

Aisyah menjawab : "Si fulan atau
si anu"

jadi tidak disebutkan namanya dengan
jelas. Wanita itu menyebutkan perihal
ketekunannya dalam solatnya.

Baginda bersabda : hentikan itu (janganlah
terlampau dalam memberatkan diri sendiri dalam
beribadat itu).

Kamu semua hendaklah melakukan
sesuai dengan kekuatan mu.
Demi Allah, tidak bosan memberikan
pahala selama kamu juga tidak bosan
beramal soleh. Hal yang paling disukai
Allah

dalam beragama ialah kekal dalam
beramal bagi pengamal itu".

Hadis sahih riwayat Bukhari
 
empat puluh apa tu? masa ker?

tengok balik bro hadith ni dalam bahasa arab original content. Apa yg dimaksudkan "empat puluh" ?

perawi tersebut pun x tau apa yg dimaksudkan 40, adakah 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun, spt diketahui umum, mmg dilarang melintasi di hadapan org yg tgh bersolat,lebih2 lg time dia sujud
 
Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi
s.a.w bersabda: "Islam itu dibina atas
lima perkara:

Mengakui bahawa tiada
tuhan yang disembah melainkan Allah
dan Muhammad adalah hamba-Nya dan
Rasul-Nya; mendirikan solat; menunaikan
zakat; menunaikan haji ke baitullah; dan
berpuasa di bulan Ramadhan."

( Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Tidak sempurna iman
seseorang daripada kamu sehinggalah ia
lebih mencintaiku daripada bapanya,
anaknya dan manusia seluruhnya."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi
s.a.w. bersabda: "Dua nikmat yang ramai
manusia terpedaya dengannya: Sihat dan
kelapangan."

( Riwayat Bukhari )
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Amalan kamu tidak akan
menyelamatkan seseorang pun daripada
kamu."

Seorang lelaki berkata: "Tidak
juga engkau, wahai Rasullullah."

Baginda bersabda: "Begitu juga aku, melainkan
Allah meliputiku dengan rahmat daripada-
Nya; akan tetapi lakukanlah yang betul."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Sahl bin Sa’idi r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Sesungguhnya ketentuan
amalan adalah dengan yang terakhir."

( Riwayat Bukhari )
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Jalan ke syurga dibentangi
dengan perkara yang tidak disukai
manakala jalan ke neraka dibentangi
dengan syahwat."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Allah ‘Azzawajalla berfirman:
‘Aku sediakan untuk hamba-Ku yang
soleh suatu yang tidak pernah dipandang
dengan mata, tidak pernah didengar
dengan telinga dan tidak pernah terlintas
dihati manusia."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Back
Top
Log in Register