BTC USD 81,227.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Ya Allah,
sesungguhnya aku hanyalah manusia.
Setiap orang muslim yang aku caci maki
atau aku kutuk atau aku pukul, maka
jadikanlah itu sebagai zakat dan rahmat
baginya."

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a isteri
Nabi s.a.w katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu
Maha Lembut, Dia suka akan kelembutan.
Allah akan memberikan balasan dari
kelembutan yang tidak diberikan ke atas
sikap keras dan kasar serta selainnya."

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Ummu Kalsum binti
Uqbah r.a katanya:
Sesungguhnya beliau mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah dikira
sebagai pendusta jika seseorang
mendamaikan perselisihan di antara
manusia. Beliau berkata yang baik dan
menyampaikan yang baik pula."

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan
kemenangan bertumbuk. Tetapi orang
yang kuat ialah orang yang dapat
mengawal dirinya ketika sedang marah."

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru
bin al-Asr.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara dosa-
dosa besar ialah seorang lelaki mencerca
kedua orang tuanya."

Para Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun
kedua orang tuanya?"

Rasulullah saw menjawab
dengan bersabda: "Ya. Seorang lelaki yang
memaki hamun bapa seorang lelaki lain,
nescaya lelaki itu memaki kembali
bapanya, begitu juga sekiranya seorang
lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki
lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki
hamun ibunya."

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a
katanya:
Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang
dosa-dosa besar. Baginda bersabda:
"Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-
dua ibubapa, membunuh dan berkata
dengan kata-kata palsu. "

[riwayat Bukhari & Muslim]
 
Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:
Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w,
baginda telah bersabda:

"Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu
mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu
bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata
palsu."

Semasa Rasulullah saw bersabda,
baginda sedang bersandar lalu duduk.
Baginda terus mengulangi sabdanya
sehingga kami berkata: Semoga baginda
berhenti dari menyebut Hadis tersebut.

[riwayat Bukhari & Muslim].
 
"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama
kamu masih berada didalam masjid dan
melakukan solat dan selama kamu
tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah
ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu
kepadanya"

(riwayat Bukhari)
 
"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu
selama ia berada ditempat yang ia
sembahyang padanya, selagi ia tidak
berhadas"

(riwayat Bukhari & Muslim)
 
"Apabila imam bangun dari rukuk serta
membaca doa, maka hendaklah kamu
membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu"
kerana sesiapa yang berkebetulan
bacaannya dengan bacaan Malaikat,
nescaya diampunkan dosanya yang telah
lalu"

(riwayat Bukhari & Muslim)
 
Back
Top
Log in Register