BTC USD 81,674.0 Gold USD 4,022.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadis Imam Al-Bukhari

Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari kemudian, maka hendaklah
ia berkata perkara yang baik atau diam.
Dan sesiapa yang beriman kepada Allah
dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia
memuliakan jirannya. Sesiapa yang
beriman kepada Allah dan hari kemudian
maka hendaklah ia memuliakan
tetamunya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
"Seorang Muslim (yang baik) adalah yang
tangan dan lisannya tidak menyakiti orang
lain."

(riwayat Bukhari)
 
"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling
berharga kepada anaknya daripada
pendidikan akhlak mulia."

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya
seringan-ringan siksaan penghuni neraka
ada hari Qiamat ialah seseorang yang
diletakkan di bawah dua telapak kakinya
bara api neraka sehingga mendidih otak
yang ada dikepalanya. (dari sebab
panasnya bara api neraka tersebut) Dia
mengira bahawa tidak ada orang lain yang
lebih dahsyat siksaan daripadanya, padahal
dialah orang yang paling ringan
siksaannya".

( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 
Barangsiapa yang akhir perkataannya Laa
ilaha illallah, dia akan masuk surga.

[riwayat Bukhari]
 
Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya
rahmat-Ku (kasih sayangku) mengalahkan
murka-Ku”

(riwayat Muslim, Bukhari, an-
Nasa-i dan Ibnu Majah)
 
"Jagalah Allah, Dia pasti menjagamu.
Jagalah Allah, Dia senantiasa
bersamamu."

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
 
“Jujurlah kerana sesungguhnya kejujuran
menunjukkan kepada kebaikan dan
kebaikan menunjukkan kepada
syurga."

(riwayat Bukhari)
 
Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku dan
pengasuh anak yatim (kelak) di syurga
seperti dua jari ini." Rasulullah menunjuk
jari telunjuk dan jari tengah dan
merapatkan keduanya.

(riwayat Bukhari)
 
Abu Burdah r.a berkata :”Rasulullah saw
mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan
Muaz ke Yaman, Nabi
berkata:"Mudahkanlah dan janganlah
kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan
jangan kamu menyusahkan dan berseia-
sekatalah kamu.”

(riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Back
Top
Log in Register