BTC USD 82,358.4 Gold USD 4,198.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru Tidak Ikhlas............

Adakah Anda setuju dengan pandangan itu?


  • Total voters
    0
memang betul... bukan suma cikgu tak ikhlas. yg mana ikhlas tu, alhamdulillah.

Ramai sedara saya jd cikgu, tp saya tak plak dengar diorg ni mengadu banyak beban kerja. Boleh lg buat tuisyen kat umah. Dptla side income, terutama subjek matematik. Tp saya juga penah dengar sorang cikgu mengeluh "Dah la masuk ngajar kul 7, leps sekolah ada plak meeting sampai kul 3. Setengah mati penatnya (ayat sebenar)".
Bagi saya, org lain keje sampai 12 jam, penat gak.
 
aku penah dengar dari mulut seorang guru berkata "Aku jd cikgu ni pun last choice aje sbb susah nak dpt keje lain dulu". Kalo ini yg keluar dr mulut cikgu yg ajar anak anda, apa yg anda rasa?

:D..cuba tanya hamba Allah tuh balik.."kalu dapat keje sesuai dengan jiwa ko..ko letak jawatan tak sebagai guru?"
 
memang betul... bukan suma cikgu tak ikhlas. yg mana ikhlas tu, alhamdulillah.

Ramai sedara saya jd cikgu, tp saya tak plak dengar diorg ni mengadu banyak beban kerja. Boleh lg buat tuisyen kat umah. Dptla side income, terutama subjek matematik. Tp saya juga penah dengar sorang cikgu mengeluh "Dah la masuk ngajar kul 7, leps sekolah ada plak meeting sampai kul 3. Setengah mati penatnya (ayat sebenar)".
Bagi saya, org lain keje sampai 12 jam, penat gak.

:)):))..yang bahagian merah tuh yang menyebabkan ramai dengki dengan cikgu nih..
 
Aku ada membaca di sebuah blog berkenaan tajuk di atas...

[Qoute]"Kerajaan janji nak kurangkan bebanan guru, tetapi tak nampak pun. Bertambah pula beban di bahu. Mana tindakan kementerian yang janji nak mengkaji beban guru? Sehingga kini senyap membisu. Jika dulu, tak adalah teruk sangat. Bila dah banyak sangat jawatan di sekolah, pengajaran dah tak penting lagi, sibuk memanjang. Pergi taklimatlah, kursuslah." - Guru Terasa Beban

Golongan tenaga pengajar sudah mula merunggut hari persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Semasa cuti, tak ada pula yang tampil untuk membebel secara umum. Sehingga ada sesetengah guru yang menghasut rakan sejawatannya sendiri untuk mengundi Pakatan Rakyat di PRU 13 kerana bakal Perdana Menteri Malaysia (Anwar Ibrahim) menjanjikan elaun RM500 diberikan kepada guru jika mereka memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah.

Jabatan/Agensi kerajaan yang lain sama gred seperti guru lebih banyak buat tugas-tugas yang tiada kena menggena langsung dengan bidang tugas hakiki. Buat HRMIS, minit menyuarat, buat surat-surat draf RMK, cadangan untuk DASAR NEGARA dan sebagainya tetapi tugas-tugas pegawai hakiki tetap kena buat, belum masuk bab mesyuarat, laporan segera, menghadap YB/Menteri. Bukannya dapat elaun tanggung kerja pun.

Guru mula bertugas dari jam 8 pagi hingga 1 petang, jika ada aktiviti di waktu petang akan dilanjutkan sehingga 5 petang. Bukannya setiap hari ada aktiviti petang. Sabtu dan Ahad masih boleh melayan anak/isteri/suami. Sekali sekala turun bertugas pada hujung minggu apa salahnya? Apa salahnya ikhlas dalam melaksanakan kerja? Bukannya untuk warga asing, untuk masa depan anak-anak muda kita juga nanti. Tetapi kalau ada yang merungut, jelas sekali tiada keikhlasan jadi cikgu.

Memang diakui menjaga karenah pelajar tidak semudah yang dijangkakan tetapi menjaga karenah kakitangan bawahan lagi sukar dan terpaksa pula berhadapan dengan kakitangan yang malas datang kerja, lewat, asyik-asyik cuti bila di masa adanya majlis-majlis rasmi yang penting, ada yang suka tangguh kerja, balik sesuka hati, main facebook sepanjang masa bekerja dan pelbagai lagi masalah dalaman.

Kerjaya sebagai seorang pendidik adalah antara kerjaya yang paling menyeronokkan di Malaysia dari segi gaji dan masa bekerja. Guru bukannya bekerja sendiri, sudah adat bekerja 'makan gaji', haruslah bekerja mengikut arahan majikan selagi tugasan yang diberikan itu tidak menyalahi undang-undang/peraturan dan majikan memberikan arahan bukan ikut suka hati. Tidak dinafikan, adakalanya kita lihat pembahagian tugas tidak adil tugas tetapi pokok pangkalnya anda bekerja makan gaji dan kerajaan bayar dengan duit rakyat.

Apakah golongan guru yang membebel-bebel ini tidak tahu yang di luar sana berlambak-lambak orang nak jadi cikgu? Kalau nak kurangkan beban, apa kata kurangkan gaji guru yang banyak itu dan jawatan tetap guru diturunkan pada jawatan sambilan atau GSTT. Berani?

Sudahlah cuti mengalahkan orang lain, bersyukurlah di atas apa yang kerajaan bagi. Kakitangan swasta lagi teruk jika dibandingkan dengan guru. Shif siang dan malam tanpa henti dan gaji kecil, tak cukup lagi ke keistimewaan yang diberikan kepada guru selama ini? Elaun guru fardu ain dinaikkan dari RM500 ke RM800. Semasa diumumkan, suka bagai nak gila. Tetapi dulu mengajar 6 jam seminggu, tahun depan jadi 15 jam seminggu. Langsung tidak setimpal dengan kenaikan RM300.

Yang sepatutnya memainkan peranan utama dan penting bagi menyelesaikan permasalahan beban kerja guru adalah Kesatuan Guru sendiri. Para guru kena gerakkanlah Kesatuan Guru itu dan cabar mereka, jangan tidur. Ramai-ramai berpakat tulis surat kepada Kesatuan Guru minta mereka supaya ambil tindakan.

Tetapi masalahnya pula bukan ramai guru yang sudah mendaftar menjadi ahli Kesatuan Guru. Itulah sebabnya Kesatuan Guru jadi lembik, lemah. Cuba buat kajian di sekolah, ada berapa peratus guru yang sudah menjadi ahli Kesatuan Guru. Sepatutnya Kesatuan guru mesti aktif sebagai mana aktifnya parti politik. Ada perjuangan dan pastikan perjuangan tidak hangat-hangat tahi ayam saja.

Nasihat untuk guru-guru yang dikasihi, mana-mana di antara warga pendidik yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong merasakan kerjaya mereka semakin membebankan, sila letak jawatan. Beri laluan kepada mereka yang benar-benar berminat untuk menceburi kerjaya sebagai seorang guru.[Qoute/]

Itu pendapat blog berkenaan....Berikut adalah komen yang diberikan....terutamanya yang ini..........


param says:
Friday, 31 December, 2010

guru2 tak ikhlas ni dah lamaaaa bro...masa aku sekolah lagi...sekitar 1990 pun dah lagu tu jugak...
masuk kelas...baca paper...masuk kelas suruh ulangkaji dari muka surat berapa ke berapa je....kambing pun boleh jadi cikgu...

sebab tu sekarang banyak kambing jeruk jadi cikgu..kerja senang...gaji masyuk...cuti berlambak...

malah...budak2 lagi pandai dari cikgu...lagi2 speaking english..sebab tu cikgu banyak protes ppsmi...sebab dia MALU..ini hakikat..bini saya banyk rakan sekolah dia jadi cikgu....speaking fail..bila budak lagi pandai...di denda ngan macam2 cara ...pendek kata sengaja cari kesalahan...kononya kata mereka..budak tu buat mereka nampak *****...kuang kuang kuang...inilah hakikatnye guru2 sekolah sekarang...

kat tempat kerja aku pun ade sekor minah berenti..nak jadi cikgu katanye..kurang2 pun kerja gomen..alasan???cuti banyak...tak kena buang kerja...pencen dan best LOAN BANYAK...heheheheh....

sekor lagi sekarang dah jadi cikgu...classmate aku...ngaji kat u...tak cun pointer untuk bidang dia..last2 dia kata ambik bidang terjun...apa bidang tu???

jadi CIKGU lah..SAFE kata budak2 tu....bukan niat nak jadi cikgu dan tolong anak bangsa pun..sekadar bidang terjun je...

kerajaan berhentilah manjakan guru2 ni...dan pekerja gomen ni...dah melampau dah

ade sekor ustaz tu...mari sekolah tak ngajar...sibuk politik...denda budak2 yang kononya bapak mereka tak sealiran ngan fahaman politik dia,masa kerja jadi broker la..jadi kontarktor kelas F..ucker la...makan gaji buta,sekarang kaya raya hasil projek BN dan pas di kelate....

kira jadi cikgu tu part time..gaji tentu jalan....tak akan kena buang kerja..very SAFE...sampai boleh campak je masa depan budak2...haishhhh


So, apa pandangan anda....
sebelum kondem... periksa dulu fakta... guru masuk kerja pukul 7.30am dan kelas rasmi tamat pada 2.40pm.. berapa jam tu? 7 jam dan sepuluh minit.. pukul 2.40 guru bukan balik terus ke rumah.. tapi terpaksa melaksanakan koku dan juga menghadiri mesyuarat2 untuk meningkatkan prestasi murid.. paling awal 4.30pm baru balik... hari yg paling awal balik ialah hari jumaat iaitu pukul 12tgh.. kebanyakan ari sabtu dihabiskan disekolah untuk memastikan anak murid semua dapat ilmu yg cukup...dan untuk mematuhi dasar yg mana setiap thn keputusan exam mesti meningkat.. anda semua boleh fikirkan kerja guru atau jabatan yg lain lebih terbeban... kalau setakat kerja-kerja pejabat or pentadbiran, aku rasa guru2 semua pejam mata pun boleh buat... sbb dlm mengajar, guru2 juga bertugas mentadbir den melakukan kerja2 pengkeranian ni... senang beginilah... apa kita si penulis dan juga penyokong2nya tukar kerja dgn guru selama sebulan.. lihat siapa yg menangis..........
 
kesian cikgu....bile mengeluh kene boom....jgn la kerana nila setitik abis susu sebelanga...result budak2 makin meningkat...camne tuh
 
kesian cikgu....bile mengeluh kene boom....jgn la kerana nila setitik abis susu sebelanga...result budak2 makin meningkat...camne tuh
ramai mak bapak tak beterima kasih pun kat cikgu bila anak2 bejaya... temasuk yg selalu bantai cikgu.. huhuhu
 
saya ada soalan kat cikgu. perlukah pelajar mengikuti kelas tamabahan, apakah waktu belajar kat sekolah tak cukup lagi. kat penang ada sekolah jepun saya selalu tgk depa nie asyik main ja pi sekolah, masuk kelas skit je - budak sekolah rendah la . tapi kita budak tadikan pun ada makpak hantar tuisyen?

soalan ke 2. pernah cikgu mengajar tenik belajar dengan betul kepada murid-murid dalam kelas. sebelum memulakan sesi pembelajaran.

klu ada salah minta maaf la noo
 
Last edited:
kalu nk berdebat ttg profesion guru ni sampai bila pun x habis..
masing2 melihat dari perspektif yg berbeza..
 
jgn banding la sekolah jepun ngan malaysia....silibus xsma....tgk 'Are u smarter than a 5th grader' pun dh tau....silibus negara maju nih camne...

Pada aku, mostly kerjaya cikgu amatlah mulia....dan sebab didikan cikgu ni buat aku berjaya...masa nak SPM & PMR cikgu sanggup dtg waktu prep utk ngajor...sebatan & lempangan cikgu adalah utk wat aku jadi manusia...sedarkan aku supaya berusaha...

Tp skang, budak2 dh manja...sebat sikit repot polis terus......bla dh mcm tuh, cikgu pun xberani nak berkasar ngan pelajar...so, budak ni naik tocang,maka lahirlah generasi yg ramai rosak akhlak....zaman skang ramai result bagus pun, kualiti dari segi moral xde.....kes jenayah remaja semakin meningkat...
 
pada pandangan saya la memang beban la lau cikgu kene wat hrmis la pe seme.... better xyah ada kerani kalo seme cikgu yang kene buat..dorang merungut maybe sebab kerja 2 tak setimpal ngan gaji dorang...dak2 fail dorang kene menjawab...maybe kerja guru ni dipandang mulia kot 2 pasal la bile dorang merungut org kate tak ikhlas..

pandangan aje la...
 
Back
Top
Log in Register