BTC USD 84,278.0 Gold USD 4,290.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Etika Boikot @ Tidak Boikot

lpsoldier007

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,548
Joined
Dec 22, 2010
Messages
25,548
Reaction score
494
Points
141
[Etika Memboikot @ Tidak Boikot]

1) Boikot adalah pilihan setiap individu maka usah memaksa sesiapa yang tidak mahu memboikot.

2) Sebagaimana kita mahu org lain menghormati keputusan kita utk memboikot, kita harus menghormati keputusan org lain utk tidak mahu memboikot

3) Andai barangan atau servis yg kita mahu boikot adalah halal, jangan pula kita mengharamkan apa yang jelas halal.

4) Tidak mencaci maki mahupun perkataan kasar ketika boikot

5) Matlamat tidak menghalalkan cara maka perlu selidik (49:6) kesahihan sesuatu berita mengenai produk atau servis yg kita mahu boikot agar kita berlaku adil (5:8) dan tidak menzalimi org lain.

6) Tidak menggunakan kemudahan yg disediakan oleh pihak yang diboikot utk urusan peribadi spt menggunakan elektrik, tempat dan tandas yg telah tertulis 'Hanya Untuk Pelanggan Sahaja' kecuali dlm kes keperluan yg mendesak spt sakit perut dan sebagainya.

7) Tidak boleh menuduh orang lain sebagai selektif boikot apabila hanya boikot Nestle, McD dan barangan atau servis lain sedangkan FB dan Microsoft juga menyumbang kepada Israel kerana nestle dan McD bukan keperluan mendesak tetapi FB dan Microsoft adalah platform milik musuh yg boleh digunakan untuk tujuan kesedaran dan kehidupan seharian. Tak makan McD takkan mati sbb ada nasi dan burger Ramly dan kalau tak guna FB dan Microsoft pun tak mati tetapi apakah kita mempunyai alternatif lain utk menyebarkan berita dan info jikalau tidak menggunakan medium atau platform yg tersedia? Contoh adalah tentera Islam berjaya dan mendapat harta rampasan berbentuk kereta kebal serta pesawat dan senjata milik musuh maka adakah kerana kita memboikot barangan Israel maka kita hancurkan semua? Tidak.. gunakannya utk tujuan kita.

8) Tidak menggunakan troll atau dialog yg tidak benar kerana sekali lagi matlamat tidak menghalalkan cara. Usah menzalimi org lain dgn meletakkan meme atau dialog yg org tersebut tak pernah ungkapkan.

9) Boikot apa yang kita mampu secara berperingkat dan tidak sehingga menyusahkan kehidupan diri.

10) Usah menyalahkan atau memandang serong kepada pekerja di syarikat yg kita boikot kerana mungkin mereka ada jihad tersendiri di dalam organisasi tersebut dan doakan untuk mereka dan kita.

* Boikot adalah usaha tetapi usaha paling penting adalah meningkatkan ilmu kita sebagai Muslim dan menyeru dan menjadi inspirasi utk org sekeliling kita meningkatkan ilmu Islam dan dunia agar kita menjadi umat yg terbaik 14 juta Yahudi berjaya mengawal dunia kerana intelektual mereka tetapi 1.7bilion umat Islam spt buih di lautan sbb sibuk bergaduh hal remeh temeh sesama saudara seIslam dan tidak faham ajaran serta tuntuan ajaran Islam maka adab dan akhlak seharian jauh dari Islam maka umat Islam juga tertinggal dlm aspek dunia.

Lupakah kita suatu masa dahulu umat Islam pernah menakluk 2/3 dunia dan umat Islam adalah pelopor kepada kemajuan sains dan teknologi? Mereka berjaya kerana dekat kepada sumber Islam dan hidul berpandukan Quran & Sunnah. Hakikatnya kita yg saban hari melaungkan slogan ASWJ berpaksikan Quran & Sunnah tetapi realitinya kita amat jauh dari kedua dua sumber itu serta tidak menjadikan kedua-duanya paksi kehidupan kita.
Kembalilah kepada keduanya... Wallahualam


Sumber: https://www.facebook.com/MultiRacialRevertedMuslims?ref=ts&fref=ts
 
Last edited:
gune FB x kluar duit... berbeza dgn mekdi atau mkn mee maggi

errr microsoft? ade yg beli genuine produk ke?

sorry ye bkn provoke tt... tp bile org ckp kenape x boikot fb & microsoft... aku nak gelak je
 
gune FB x kluar duit... berbeza dgn mekdi atau mkn mee maggi

errr microsoft? ade yg beli genuine produk ke?

sorry ye bkn provoke tt... tp bile org ckp kenape x boikot fb & microsoft... aku nak gelak je

Aku kalau beli komputer tak pernah lg la beli OS pirate.
 
gune FB x kluar duit... berbeza dgn mekdi atau mkn mee maggi

errr microsoft? ade yg beli genuine produk ke?

sorry ye bkn provoke tt... tp bile org ckp kenape x boikot fb & microsoft... aku nak gelak je

asal bro gelak boikot fb,,? bro tau ke skali bkk fb kita bg duet kt pemilik fb,,refresh je bg duet lg,,refresh,,refresh,,byk tu fb dpt wet,,hehe :)cgrock:)cgrock
 
Bagus petikan ni. Boikot tu boikot gak tapi jangan smpai melampau batas. Sampai dimainkan2kan orang yg kerja kat company diboikot tu. Padehal ntah2 dulu die la kaki minat giler produk2 tu.










Pssst : contoh cam kempen boikot mcd kat dataran merdeka tu. Bagus la. Bersungguh nampak effort nak boikot smpai snggup turun padang. Pastu haus, minum milo. Nak ilangkan dahage kan. Nnt barulah leh sambung bersorak kuat siket :-?:o:o
 
Setuju ngan tt..

Nak boikot, boikot..

Kalau tak nak boikot, usah boikot..

Setiap org ade perspektif sendiri pasal isu ni

P/s: kalau jumaat ni, confirm mcd bg free, ditambah pulak x perlu queue panjang utk ambil (meaning effortlessly utk dapat mcd)..aku amkk je...
 
aku stuju dengan tt..tapi bila xnak boikot diorg ckp kita support israel..what the push??

klau mcd datang umah aku bgi set mahal free..aku mkn je..ank2 pun suka..tapi klau kuar duit..baik mkn kfc..ayam tempatan...rempah je import kot
 
ntah..aku tgk ramai keyboard warrior CG yg perlekehkan pasal boikot ni..
 
Boleh Boikot TAPI Jangan Merusuh!
-------------------------------

Amran bersetuju dengan amalan boikot bertujuan untuk bagi tekanan,

tapi,

Amran tak setuju kalau Sakai Sakai batak batak kat luar tu buat benda kat bawah ni :

1. Memandang keji dan hina pada yang tak boikot.

2. Memandang keji dan hina pada pekerja McD dan Starbucks yang cari rezeki.

3. Membuat kacau bilau dan menggugat keamanan semasa Hari Boikot.

4. Memutuskan hubungan sirraturrahim dengan saudara, kawan yang tak berapa boikot.

5. Menggunakan ugutan, ancaman keselamatan dan kata kata kesat pada pekerja, pengusaha dan pemakan McD.

***** ***** Amran ni tahu jugak beza suruh boikot dengan suruh jadi *****.

Jom boikot tapi jangan jadi Sakai *****!

Mohon sebarkan nasihat Amran ni ke seluruh Malaysia.



from https://www.facebook.com/pages/Amran-Fans/1381440948777714?fref=ts
 
Back
Top
Log in Register