Pembangunan di Kuala Lumpur tidak seimbang dengan seni bina warisan Malaysia

Recommended Brokers


Ms Senorita

CG Journalist
Joined
Mar 31, 2014
Messages
765
Reaction score
271
Points
31
Pendapat anda ?

kampung baru.jpg

Pembangunan di Kuala Lumpur tidak diseimbangkan dengan warisan sejarah Malaysia yang menjadi identiti negara.

KUALA LUMPUR: Pembangunan di Kuala Lumpur tidak diseimbangkan dengan warisan sejarah Malaysia yang menjadi identiti negara.

Menurut Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemuliharaan Warisan Institut Arkitek Malaysia, Ar Ahmad Najib Ariffin ia perlu diseimbangkan agar ciri identiti Malaysia yang mempunyai kepelbagaian adat dan budaya dapat diperkenalkan.

“Kita kena hargai bangunan-bangunan lama dan dalam masa yang sama kita mahukan pembangunan, cuma kita kena pastikan ia seimbang dengan mengekalkan apa yang dah ada.

“Jika di Barat, mereka boleh dikatakan mencapai keseimbangan itu seperti di bandar-bandar Eropah terdapat bangunan lama dan baru,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Najib turut menyatakan rakyat Malaysia kurang menghargai bangunan bersejarah di negara ini.

Katanya kesedaran mengenai perkara itu masih rendah disebabkan masyarakat kurang penghayatan di dalam sejarah yang berlaku di dalam negara.

“Bukanlah mahu katakan orang Malaysia tidak patrotik, tapi saya rasa kita kadang-kadang terlalu berfikir yang semuanya kerajaan buat, kita tidak berfikir yang bangunan warisan ini adalah kita punya juga.

“Jika bangunan warisan kita terbakar adakah kita akan mendapat derma daripada rakyat seperti yang kita lihat di Perancis apabila Gereja Notre Dame terbakar? Berjuta mereka dapat untuk menampung kos membaik pulih jadi kesedaran kita masih tidak sampai ke tahap itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Najib berharap pihak yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan kerja penyelenggaraan dapat membaiki secepat mungkin kerosakan bangunan sekaligus mengurangkan kos membaikpulih bangunan warisan negara.

“Jika kerosakan di bangunan lama dibiarkan begitu sahaja, lama-lama kos membaik-pulih akan meningkat tinggi, sebaiknya jika terdapat walaupun sedikit kerosakan ia perlu dibaiki segera,” ujarnya.

Malah Ahmad Najib juga menyatakan kebimbangan mengenai trend seni bina arkitek dan pemaju yang kini dilihat terlalu mengikut seni bina moden dari negara luar.

“Kita terlalu ikut negara luar sehingga melupakan identiti sendiri, walhal ciri tradisional seni bina warisan sedia ada telah mencukupi untuk mengikut spesifikasi dan pemuliharaan alam sekitar.

“Malah pembinaan masjid kita terlalu nak ikut ciri keislaman seni bina dari luar sedangkan kita mempunyai identiti kita sendiri.


Sumber : astro awani
 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
20,059
Reaction score
1,571
Points
191
malaysia banyak sangat bangunan tinggi2. asal ada tanah sikit je buat kondo berpuluh2 tingkat.
 

cak cibo

Fun Poster
Joined
Apr 18, 2018
Messages
775
Reaction score
297
Points
41
Saya rasa kurang setuju je dgn Ar.Najib ni..yg dia Kat banggunan Baru Tak ikut ciri warisan tu agak Betul lah ..terutama utk yg budget budget... masjid budget2 mmg ikut funsi sja la...kekangan budget.

Tapi nampak drp kerajaan dulu lgi .. banggunan lama Kita dihargai Dan dipreseve je.

Ada setengah yg dapat pengikrafan Banggunan bersejarah..dpt unesco..memang dikekalkan.. repair apa rosak je.

Saya perhati banggunan drp staits trading..s. keretapi.. sampai sebelah Bar council.. semuanya banggunan lama.


Alhamdullillah...nampak Kita jaga .


Jangan jadi mcm Saudi..habis semua tinggalan sejarah Mekah Madinah depa sapu rata.
Hilang dah Jabal Qubis, kota Perang dll...semua tukar banggunan modern..sampai jam besar dgn bulan sabit mcm tanduk syaitan pun ada.
Menggerikan....kaabah dah Jadi halusss je
 

Kbyne

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,838
Reaction score
501
Points
161
Pembangunan akan di akui kalau negara tsb bersih sentiasa...

Negara membangun ni bila tiap hari sampah dipantau tidak bersepah...ambil contoh negara bersih,jepun...bukan semua tempat membangun...tapi pasal bersih,susah nak jumpa kertas plastik,sisa kompos merata rata berselerak...

negara diorang dikira bertaraf membangun,pengurusan sampah rapi berjadual...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register