BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Eksport SG naik 11.6% pada Nov, lebih kukuh daripada jangkaan

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25
nodx.jpg


SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak Singapura (NODX) meningkat sebanyak 11.6 peratus pada November berbanding bulan yang sama tahun lalu, menurut Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Rabu (17 Dis).

Kenaikan itu, yang melepasi jangkaan, sebahagian besar disebabkan oleh sektor farmaseutikal yang tidak menentu dan dipacu oleh produk elektronik, seperti litar bersepadu dan komputer peribadi (PC), menurut EnterpriseSG.

IKLAN

Pertumbuhan eksport itu dibandingkan dengan unjuran tinjauan Reuters iaitu kenaikan 7.0 peratus dan menyusuli kenaikan yang disemak semula iaitu sebanyak 21.7 peratus pada Oktober lalu.

Kedua-dua sektor elektronik dan bukan elektronik mencatatkan peningkatan, menurut EnterpriseSG, menyebabkan NODX meningkat sebanyak 4.8 peratus pada 11 bulan pertama 2025.

NODX elektronik tumbuh sebanyak 13.1 peratus pada November, meneruskan dengan kenaikan sebanyak 33.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Litar bersepadu, PC dan papan litar bercetak menyumbang paling banyak kepada NODX elektronik, masing-masing berkembang 22.9 peratus, 48 ​​peratus dan 26.8 peratus.

Sementara itu, NODX bukan elektronik meningkat sebanyak 11.1 peratus pada November, menyusuli pertumbuhan 18.1 peratus pada Oktober.

IKLAN

Farmaseutikal, pam serta enjin dan motor bukan elektrik menyumbang paling banyak kepada pertumbuhan NODX bukan elektronik, masing-masing melonjak sebanyak 369.8 peratus, 361.2 peratus dan 123.2 peratus.

Mengikut perbandingan dari tahun ke tahun, keseluruhan perdagangan meningkat sebanyak 8.8 peratus pada November, menyederhana daripada 23.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Dalam kalangan pasaran utama, eksport ke Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Taiwan meningkat paling ketara manakala penghantaran ke Indonesia, Hong Kong, Jepun dan Thailand lebih rendah berbanding tahun lalu, menurut Enterprise SG.

 
Back
Top
Log in Register