BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Eksport SG lonjak 24.2% pada Jul, dipacu permintaan kukuh berkait AI

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Eksport SG lonjak 24.2% pada Jul, dipacu permintaan kukuh berkait AI​

us_tariffs_china.jpg

Pemandangan kontena di terminal pelabuhan Pasir Panjang di Singapura pada 1 Jun 2026. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura melonjak 24.2 peratus pada Julai berbanding tempoh sama tahun lalu, sedang permintaan bagi produk berkaitan kecerdasan buatan (AI) kekal kukuh.

Demikian menurut Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Isnin (17 Ogos).

IKLAN

Pertumbuhan pada Julai meneruskan kenaikan 20.8 peratus yang disemak semula pada Jun.

Data terbaharu itu dikeluarkan selepas Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menaikkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura bagi 2026, menyusuli prestasi lebih baik daripada jangkaan dalam enam bulan pertama tahun ini.

Prestasi tersebut didorong oleh peningkatan perbelanjaan modal global berkaitan AI.

EKSPORT ELEKTRONIK LONJAK 112%

NODX elektronik melonjak 112 peratus pada Julai, berbanding kenaikan 105.1 peratus pada Jun.

IKLAN

Menurut EnterpriseSG, peningkatan itu disokong oleh permintaan kukuh berkaitan AI.

Eksport produk media cakera melonjak 339.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Eksport komputer peribadi (PC) pula meningkat 120.8 peratus, manakala eksport litar bersepadu naik 84.5 peratus.

Sebaliknya, eksport produk bukan elektronik merosot 2.3 peratus.

Kemerosotan itu dipimpin oleh eksport produk farmaseutikal yang menjunam 56.7 peratus daripada asas yang tinggi setahun lalu.

IKLAN

Eksport petrokimia dan sediaan makanan turut merosot, masing-masing sebanyak 22.5 peratus dan 17.9 peratus.

PERDAGANGAN KESELURUHAN NAIK 38.6%

Eksport semula bukan minyak meningkat 51.3 peratus pada Julai, selepas melonjak 60.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Pertumbuhan itu juga dipacu terutamanya oleh elektronik, yang meningkat 75.2 peratus.

Jumlah perdagangan barangan Singapura pula meningkat 38.6 peratus, selepas mencatat kenaikan 49.3 peratus pada Jun.

IKLAN

Jumlah eksport meningkat 40.6 peratus, manakala import naik 36.3 peratus.

Antara pasaran utama, NODX ke Amerika Syarikat, China dan Taiwan meningkat pada Julai, manakala eksport ke 27 negara Kesatuan Eropah merosot.

Jumlah perdagangan Singapura pada Julai mencecah S$168 bilion (AS$131.4 bilion).

Daripada jumlah itu, S$77.7 bilion merupakan import manakala S$90.3 bilion merupakan eksport.

 
Back
Top
Log in Register