BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inflasi teras SG naik kepada 2% pada Jul; harga elektrik, gas, perkhidmatan & makanan meningkat

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

Inflasi teras SG naik kepada 2% pada Jul; harga elektrik, gas, perkhidmatan & makanan meningkat​

screenshot_2026-08-24_134312.jpg

Orang ramai melintas jalan di kawasan beli-belah Orchard Road di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Inflasi teras Singapura meningkat kepada dua peratus pada Julai berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, naik daripada 1.6 peratus pada Jun, menurut perangkaan rasmi yang dikeluarkan pada Isnin (24 Ogos).

Perkembangan tersebut disebabkan oleh inflasi lebih tinggi bagi elektrik dan gas, perkhidmatan serta makanan, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan media bersama.

IKLAN

Harga teras, yang tidak termasuk penginapan dan pengangkutan privet, meningkat 0.3 peratus pada Julai berbanding bulan sebelumnya.

Inflasi keseluruhan, yang diukur berdasarkan Indeks Harga Pengguna-Semua Barangan, meningkat kepada 2.2 peratus pada Julai daripada 1.9 peratus pada Jun, disebabkan oleh inflasi penginapan dan inflasi teras yang lebih tinggi.

Berbanding bulan sebelumnya, inflasi keseluruhan - yang tidak termasuk perbelanjaan bukan penggunaan seperti pembelian rumah, saham dan aset kewangan lain serta cukai pendapatan - turun 0.2 peratus pada Julai.

INFLASI MENGIKUT SEKTOR

Data rasmi menunjukkan inflasi elektrik dan gas, yang susut 2.9 peratus pada Jun, meningkat kepada 8.7 peratus pada Julai, terutamanya disebabkan oleh kenaikan mendadak harga elektrik, menurut MAS dan MTI.

IKLAN

Inflasi perkhidmatan meningkat kepada 1.7 peratus pada Julai berbanding 1.5 peratus pada bulan sebelumnya, dengan tambang penerbangan dan harga khidmat pengangkutan dari satu tempat ke tempat yang lain meningkat lebih pantas.

Inflasi makanan naik sedikit daripada 2.1 peratus pada Jun kepada 2.2 peratus pada Julai. Harga khidmat makanan serta makanan yang tidak dimasak juga meningkat pada rentak yang lebih pantas.

Inflasi penginapan meningkat kepada 0.8 peratus daripada 0.6 peratus pada Jun, disebabkan oleh kenaikan lebih besar dalam sewa rumah dan yuran penyenggaraan.

Inflasi pengangkutan privet menjadi lebih perlahan sedang kadar kenaikan harga petrol dan diesel berkurangan, turun daripada 8.4 peratus pada Jun kepada lapan peratus pada Julai.

PROSPEK INFLASI

IKLAN

Harga tenaga global yang tinggi menyebabkan tarif elektrik dan gas serta tambang pengangkutan di Singapura meningkat, menurut pihak berkuasa.

Harga minyak global yang kekal tinggi dan tidak menentu, ditambah keadaan cuaca buruk, juga dijangka mengurangkan hasil pertanian dan meningkatkan harga makanan import Singapura.

“Sedang kos input yang lebih tinggi disalurkan menerusi rantaian bekalan global, harga bagi lebih banyak barangan dan perkhidmatan import Singapura dijangka meningkat pada suku-suku akan datang,” menurut MAS dan MTI.

Sementara itu, kos buruh seunit domestik dalam sektor perkhidmatan dijangka meningkat pada kadar lebih perlahan, di tengah-tengah pertumbuhan daya penghasilan yang berterusan dan pertumbuhan gaji nominal yang semakin sederhana, menurut pihak berkuasa.

Subsidi pemerintah juga akan terus membantu mengurangkan tekanan inflasi perkhidmatan.

IKLAN

Dengan mengambil kira semua faktor, inflasi teras dan inflasi keseluruhan diunjurkan mencatat purata antara 1.5 peratus dengan 2.5 peratus bagi keseluruhan 2026, sejajar dengan julat ramalan MAS bagi tahun ini.

Inflasi teras dijangka kekal tinggi hingga 2027, sebelum berkurangan dengan lebih ketara mulai pertengahan tahun itu, sejajar dengan jangkaan penurunan harga tenaga global.

“Buat masa ini, risiko terhadap prospek inflasi masih cenderung ke arah peningkatan. Gangguan baharu terhadap bekalan tenaga global atau keadaan cuaca yang lebih buruk daripada jangkaan boleh meningkatkan kos import Singapura lebih tinggi daripada yang dijangkakan,” menurut MAS dan MTI.

“Inflasi juga boleh berlarutan lebih lama daripada yang diunjurkan jika pertumbuhan kukuh dalam pelaburan IT menjana permintaan lebih tinggi di peringkat global dan di Singapura.”

“Namun, risiko penurunan masih ada,” menurut MAS dan MTI, sambil menambah bahawa pengetatan yang tidak dijangka dalam keadaan kewangan global atau pengurangan pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI) boleh memperlahankan kegiatan ekonomi dan seterusnya menurunkan inflasi.

 
Back
Top
Log in Register