BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inflasi Kesihatan Malaysia Meningkat Tiga Peratus Pada 2025

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Inflasi Kesihatan Malaysia Meningkat Tiga Peratus Pada 2025​

f510e21b8dd41fd33c88a749133a1e7768824b1be078d


Inflasi kesihatan di negara ini meningkat tiga peratus pada 2025, berbanding 1.4 peratus pada tahun sebelumnya, didorong oleh kenaikan kos perkhidmatan kesihatan.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan Laporan Awalan Indeks Harga Kesihatan (IHK) Malaysia 2025 yang diterbitkan hari ini, kategori perkhidmatan kesihatan mencatatkan kenaikan tertinggi sebanyak 4.4 peratus berbanding 0.9 peratus pada 2024.

Beliau berkata peningkatan itu didorong oleh kenaikan kelas perbelanjaan insurans sebanyak sembilan peratus.

Inflasi ubat pula mencatatkan peningkatan 2.7 peratus berbanding 2.2 peratus pada 2024 manakala peralatan kesihatan meningkat 1.2 peratus berbanding 0.6 peratus tahun sebelumnya.

“Kategori ubat merupakan komponen terbesar dalam perbelanjaan kesihatan isi rumah di Malaysia dengan sumbangan 38.9 peratus daripada wajaran IHK,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata pembangunan IHK Malaysia merangkumi gabungan komponen kesihatan daripada beberapa kumpulan Indeks Harga Pengguna (IHP), manakala inflasi kesihatan bagi negara lain merujuk kepada inflasi kumpulan Kesihatan yang diterbitkan daripada IHP.

Beliau berkata pada 2025, kadar inflasi kesihatan bagi negara terpilih selain Malaysia berada dalam julat negatif 0.8 peratus hingga 5.3 peratus.

“Vietnam mencatatkan kadar inflasi kesihatan lebih tinggi iaitu 5.3 peratus berbanding Malaysia pada kadar tiga peratus, manakala Thailand merekodkan inflasi terendah iaitu negatif 0.8 peratus,” katanya.

Mohd Uzir berkata IHK merupakan sumber rujukan penting bagi mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan kesihatan dalam konteks perbelanjaan isi rumah.

 
Back
Top
Log in Register