BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelancongan Malaysia Jana RM323 Bilion Pada 2025

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,138
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,138
Reaction score
346
Points
141

Pelancongan Malaysia Jana RM323 Bilion Pada 2025​

043971512ebb1e20f2d026f2f6c16f90688b1947a522c


Industri pelancongan Malaysia menjana RM323 bilion, menyumbang 15.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun lepas, menurut Akaun Satelit Pelancongan 2025 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

DOSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan industri pelancongan berkembang sebanyak 8.6 peratus pada tahun lepas, berbanding 7.8 peratus pada 2024, didorong oleh permintaan yang kukuh daripada perbelanjaan pelancongan internal merangkumi perbelanjaan pelancongan inbound dan domestik.

"Perbelanjaan pelancongan internal merekodkan RM236.9 bilion pada 2025 berbanding RM205.6 bilion pada tahun sebelumnya, disumbangkan oleh perbelanjaan pelancongan inbound (52.7 peratus) diikuti oleh perbelanjaan pelancongan domestik (47.3 peratus)," menurut kenyataan itu.

DOSM memaklumkan daripada jumlah keseluruhan RM323 bilion, perdagangan runcit menyumbang 50.6 peratus, diikuti oleh makanan dan minuman (16.4 peratus); dan perkhidmatan khusus bercirikan pelancongan negara seperti kesihatan dan aktiviti mesyuarat, insentif, konvensyen, pameran dengan sumbangan sebanyak 13.1 peratus.

Sementara itu, penginapan dan aktiviti kebudayaan, serta sukan dan rekreasi masing-masing menyumbang 9.3 peratus dan 4.3 peratus.

Guna tenaga dalam industri berkaitan pelancongan pula mencatatkan 3.7 juta orang pada 2025, dengan menyumbang 22.1 peratus kepada jumlah guna tenaga di Malaysia.

"Dari segi pertumbuhan, guna tenaga dalam industri berkaitan pelancongan meningkat 3.5 peratus selepas mencatatkan 4.6 peratus pada 2024.

"Komposisi guna tenaga dalam industri berkaitan pelancongan didominasi oleh subsektor perdagangan runcit dengan sumbangan sebanyak 37.9 peratus, diikuti oleh perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman (36.7 peratus); dan perkhidmatan khusus bercirikan pelancongan negara (10.5 peratus).

"Gabungan ketiga-tiga subsektor pelancongan itu menyumbang 85.1 peratus daripada jumlah guna tenaga industri berkaitan pelancongan," menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register