BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

56 Peratus Jemaah Haji TH Pada 2025 Terdiri Golongan M40, B40 - Laporan GEAR-uP

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

56 Peratus Jemaah Haji TH Pada 2025 Terdiri Golongan M40, B40 - Laporan GEAR-uP​

c6f97da7b9721f84059343920cdd13a65e8ab83445a4c

Tabung Haji

Sejumlah 17,696 individu atau 56 peratus daripada keseluruhan 31,600 jemaah haji Malaysia yang diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2025 terdiri daripada golongan isi rumah B40 dan M40 yang mendapat bantuan kos bersasar TH.

Menurut Kementerian Kewangan dalam Laporan Kemajuan melalui Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) dikeluarkan hari ini, daripada jumlah keseluruhan itu juga, 72 peratus daripadanya atau 22,752 jemaah berlepas menunaikan ibadah tersebut di bawah kelolaan terus TH.

Menurut laporan itu, selama lebih 62 tahun, TH komited membangunkan sebuah sistem pengurusan yang memastikan perjalanan ibadah haji rakyat Malaysia sentiasa selamat, sejahtera dan mudah diakses oleh semua.

“Kejayaan ini terbukti menerusi pengiktirafan dalam dunia Islam dan kerajaan Arab Saudi yang menjadikan model pengurusan haji TH sebagai penanda aras global.

“TH juga dianugerahkan Anugerah Labaytum Diamond bagi tahun kedua berturut-turut pada 2026. Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi dalam industri pengurusan haji global,” menurut laporan itu.

Laporan sama menyatakan Malaysia merupakan sebuah negara perintis dan salah satu daripada 10 negara yang terpilih bagi program Makkah Route.

“Inisiatif ini membolehkan pelepasan imigresen Arab Saudi disempurnakan di tanah air, penghantaran bagasi secara terus ke hotel di Makkah dan melancarkan pergerakan jemaah dari pelepasan hingga ke tempat penginapan,” menurut laporan GEAR-uP.

 
Back
Top
Log in Register