kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kerugian RM10 Bilion TH Boleh Tampung Lebih Ramai Golongan B40 Tunaikan Haji Dalam Tempoh Lebih 20 Tahun
Kerugian RM10 bilion yang ditanggung Lembaga Tabung Haji (TH) boleh menampung subsidi haji untuk lebih ramai jemaah muassasah khususnya daripada golongan B40 menunaikan ibadah itu bagi tempoh lebih 20 tahun.
Laporan pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH yang antara lain menunjukkan kelemahan tadbir urus dan pelaburan tidak berhemat, tidak sepatutnya berlaku sehingga mengundang defisit keyakinan ke atas keutuhan institusi berusia 63 tahun itu.
Justeru, tugas besar menanti institusi itu untuk mengembalikan kepercayaan ramai terhadap kredibiliti TH yang telah dibina sejak sekian lama.
Kerugian Boleh Tampung Belanja Haji
Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan Islam di Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata sekiranya kerugian TH sebanyak RM10 bilion sejak 2014 hingga 2020 dihisab secara purata, ia sebenarnya mampu memberi berita gembira kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya daripada B40 yang ingin menunaikan ibadah haji.
“Ini kerana dengan andaian kos haji golongan B40 sebanyak RM10,980 seorang (pada ketika itu), dijangka seramai 910,747 orang daripada golongan B40 mampu menunaikan haji dalam tempoh 25 tahun dengan purata 36,430 orang setahun.
“Jumlah ini sudah mewakili lebih daripada 0.1 peratus, kuota yang diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia berdasarkan jumlah penduduk kira-kira 34 juta orang.