BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sebanyak 30 Peratus Jemaah Haji Pilih Pakej PJH Tahun Ini - TH

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141
d1c75e722ad218c83ca05fbc4e19f1176833d39f49f8e

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (PJH), Anuar Ahmad

Sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan jemaah haji yang layak mengerjakan ibadah tersebut tahun ini memilih untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu menerusi pakej syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH), berbanding 28.3 peratus musim lepas.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Anuar Ahmad berkata untuk musim haji tahun ini, sebanyak 34 syarikat PJH termasuk TH Travel & Services telah dilesenkan untuk mengendalikan jemaah haji Malaysia.

“Peningkatan itu menunjukkan semakin ramai jemaah memilih pakej nilai tambah yang ditawarkan syarikat swasta, termasuk penginapan lebih hampir dengan Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, bilik dengan jumlah penghuni lebih kecil serta pilihan penerbangan premium,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata pakej yang ditawarkan PJH musim ini, bermula kira-kira RM55,000 dan boleh mencecah lebih RM250,000, bergantung kepada jenis perkhidmatan dan kemudahan yang dipilih jemaah.

Anuar berkata untuk memastikan semua syarikat PJH mematuhi syarat lesen serta melaksanakan perkhidmatan seperti dijanjikan kepada jemaah, TH turut menempatkan pasukan pemantau di Jeddah, Makkah, Madinah dan Masyair.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya hanya berurusan dengan syarikat PJH yang dilesenkan TH dan membuat semakan melalui laman web rasmi, TH Contact Centre atau pejabat TH bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan pakej haji.

Sementara itu, mengulas tentang selebriti yang dibawa syarikat PJH ke Tanah Suci, Anuar berkata mereka hanya dibenarkan bertugas sebagai pengiring atau ikon motivasi sahaja dan bukan pembimbing ibadah.

Beliau berkata ketetapan itu penting bagi memastikan segala penerangan berkaitan rukun, wajib, larangan ihram dan pelaksanaan ibadah hanya disampaikan oleh individu yang benar-benar berkelayakan serta diiktiraf TH.

 
Back
Top
Log in Register