BTC USD 75,740.9 Gold USD 4,327.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TH Perkenal Bekas Makanan Baharu, Tingkat Kualiti Sajian Jemaah Haji

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,689
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,689
Reaction score
97
Points
80

TH Perkenal Bekas Makanan Baharu, Tingkat Kualiti Sajian Jemaah Haji​

275f59666d2949ba3caf8deb75cb42c46a0a665cd4c7f

2d0495b6a4cadf59524087950353d9496a0a66522d7ea

380474c7c783dcd3e1a9a89229f8a0b06a0a6649ee9ce


Tabung Haji (TH) memperkenalkan inovasi baharu dalam penyediaan makanan kepada jemaah haji Malaysia menerusi penggunaan bekas sajian tiga kompartmen bagi memastikan hidangan lebih berkualiti dan memenuhi cita rasa Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad berkata inovasi itu diperkenalkan selepas mengambil kira maklum balas jemaah sejak beberapa tahun lepas yang menyifatkan makanan disediakan di Tanah Suci agak kering berikutan penggunaan bekas aluminium sebelum ini.

“Tahun ini inovasi terbaru yang diperkenalkan ialah pek sajian makanan khas dengan tiga kompartmen utama iaitu untuk nasi, protein dan sayur-sayuran.

“Kalau dahulu kuah mudah kering kerana proses pemanasan dan ia juga mudah bercampur dengan nasi, tetapi dengan bekas baharu ini kuah dapat dikekalkan dengan lebih baik dan tidak bercampur walaupun digoncang,” katanya kepada pemberita selepas melawat dua dapur di Dapur Al Wafa dan Tadco Catering di sini semalam.

Mustakim berkata hampir 1.8 juta unit bekas makanan khas dibawa dari Malaysia menggunakan kira-kira 20 kontena dan dibekalkan oleh syarikat bumiputera tempatan khusus untuk operasi haji 1447H/2026M.

Menurut beliau pada musim haji tahun ini, TH menyediakan sebanyak 52 menu keseluruhan termasuk tambahan 10 menu baharu berbanding tahun lepas, antaranya nasi Arab dan nasi beriani bagi memberi kelainan serta menambah elemen cita rasa tempatan Arab Saudi kepada jemaah.

Mustakim berkata menu disusun dalam dua pusingan sebelum wukuf dan dua pusingan selepas wukuf bagi memastikan menu sama hanya berulang selepas tempoh dua minggu.

“Kita cuba beri kepelbagaian supaya jemaah tidak jemu. Walaupun ada keterbatasan bahan mentah yang sukar dibawa dari Malaysia, kita tetap berusaha mengekalkan cita rasa Malaysia,” katanya.

 
TH ni power betul.. every year akan ada improvement.. kali ni katanya kat kemah siap ada tilam setiap tilam ada gambar jemaah.. pastu toilet ditambah banyak
 
Back
Top
Log in Register