BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasukan Ronda Perubatan TH Tingkat Pemantauan Jemaah Di Mina

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Pasukan Ronda Perubatan TH Tingkat Pemantauan Jemaah Di Mina​

572ac4a895ee5e4a79a842af18da9f236a18f3a9c9a0b

481d93c3c87930fa9249c62bb81131266a18f3bb9036e

ec55e72073d3c3ccf20e9fc11683151c6a18f3ce30814


Pasukan ronda perubatan Lembaga Tabung Haji (TH) meningkatkan pemantauan kesihatan jemaah haji Malaysia di Mina menerusi rondaan berkala terutama di laluan tumpuan jemaah sepanjang operasi Masyair.

Timbalan Ketua Peronda Perubatan Haji Dr Amir Suhaimi berkata pasukan yang dianggotai 30 petugas itu dibahagikan kepada lapan kumpulan dan melakukan rondaan setiap jam bagi memastikan bantuan kecemasan dapat diberikan dengan segera.

Beliau berkata semua anggota telah menjalani latihan bantuan asas kecemasan bagi membolehkan rawatan awal diberikan terus di lokasi sekiranya berlaku sebarang insiden melibatkan jemaah.

“Kita akan bergerak secara berkumpulan dan membuat rondaan secara interval setiap satu jam. Jika ada kecemasan, kita akan terus beri bantuan awal di lokasi.

“Kalau kes ringan, rawatan dibuat terus di tempat kejadian dan jemaah boleh pulang semula ke penginapan masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, pada Khamis.

Dr Amir antara kes yang kerap diterima melibatkan jemaah terseliuh dan luka kecil akibat terjatuh, selain sakit pinggang serta keletihan kerana berjalan jauh serta berdiri terlalu lama.

Beliau berkata kebanyakan kes dapat dirawat di lokasi manakala kes lebih serius akan dirujuk ke klinik kecemasan atau hospital untuk rawatan lanjut.

“Semalam ada juga kes agak berat, namun tiada yang terlalu kritikal dan kita masih dapat mengawalnya dengan baik,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register