BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penggunaan Dron Tingkat Kecekapan Penghantaran Sampel Perubatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Penggunaan Dron Tingkat Kecekapan Penghantaran Sampel Perubatan​

e1ea4c74287b58f2cc40d648dcc4c62e6a86ea3007c21

673724ca27c976ec393c3638ee1707036a86ea21bdf46

Pekerja Alphaswift Industries Sdn Bhd menunjukkan demonstrasi penghantaran sampel perubatan menggunakan teknologi dron selepas perasmian Pengiktirafan Pencapaian Projek Penghantaran Dron Perubatan di Hospital Bera.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Penggunaan teknologi dron dalam penghantaran sampel perubatan antara hospital menunjukkan potensi dalam meningkatkan kecekapan logistik kesihatan terutama dari aspek penjimatan masa.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Razali Kasim berkata inisiatif itu dibuktikan menerusi projek Proof of Concept (POC) dilaksanakan Alphaswift Industries Sdn Bhd melibatkan penghantaran antara Hospital Bera dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

“Ujian mendapati penggunaan dron mampu menjimatkan kira-kira 20 minit berbanding penghantaran melalui jalan darat bagi jarak kira-kira 20 kilometer.

“Pelbagai aspek turut dinilai sepanjang tempoh POC termasuk tempoh penghantaran, kualiti sampel, ketepatan keputusan ujian serta aspek logistik bagi membandingkan kaedah penghantaran melalui udara dan jalan darat,” katanya.

Razali berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengiktirafan Pencapaian Projek Penghantaran Dron Perubatan di Hospital Bera hari ini.

Beliau berkata penggunaan dron turut menawarkan kelebihan semasa bencana alam, kesesakan lalu lintas atau gangguan jalan raya serta boleh dipertimbangkan di kawasan mempunyai cabaran akses.

Beliau berkata inisiatif yang masih pada peringkat ujian dilaksanakan menerusi beberapa fasa bermula daripada ujian jatuh (drop test) pada 11 Dis tahun lepas, ujian penerbangan dan penghantaran pada 22 Jan serta respons kepada dron perubatan terhempas 11 Feb bagi memastikan keselamatan dan keberkesanannya.

Razali bagaimanapun berkata penghantaran sampel perubatan menggunakan dron secara rasmi masih memerlukan kajian lanjut termasuk analisis keberkesanan kos, keperluan peraturan dan peruntukan selain perlu dibuat perbandingan menyeluruh dengan kaedah melalui jalan darat.

Beliau berkata dimaklumkan ujian seterusnya dijadualkan di Tawau, Sabah.

 
Back
Top
Log in Register