BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HPPSC Laksana Inisiatif Strategik Tingkat Kecekapan Ekosistem Penjagaan Kesihatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

HPPSC Laksana Inisiatif Strategik Tingkat Kecekapan Ekosistem Penjagaan Kesihatan​

34fcb3751bd7d9f220900afd4c6e21625e7a0e774e448


Jawatankuasa Protokol dan Penyelesaian Rakan Penjagaan Kesihatan (HPPSC) telah melaksanakan dan terus menggerakkan pelbagai inisiatif strategik yang bertujuan meningkatkan komunikasi serta kecekapan operasi dalam keseluruhan ekosistem penjagaan kesihatan negara.

Inisiatif berkenaan yang melibatkan doktor, hospital serta pengendali insurans dan takaful (ITO) dirangka bagi meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan serta menyokong penjagaan pesakit dan keputusan rawatan yang lebih baik.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dalam kenyataan bersama memaklumkan antara pencapaian utama ialah penubuhan talian hotline khusus "doctor-to-doctor”.

Talian hotline itu yang mula beroperasi sejak 30 April bagi menyokong serta menangani pertanyaan berkaitan tuntutan, membolehkan perbincangan secara langsung diadakan antara pengamal perubatan dan pasukan penasihat perubatan di ITO.

“Perbincangan sedemikian sering diperlukan bagi memahami perkara khusus berkaitan sesuatu kes seperti kaedah rawatan serta penggunaan teknologi atau ubat-ubatan baharu.

“Inisiatif ini dijangka memperkukuh komunikasi, meningkatkan pemahaman bersama serta menyokong penyelarasan yang lebih baik antara pengamal perubatan dan ITO, sekali gus membolehkan pertanyaan berkaitan tuntutan diselesaikan dengan lebih cepat yang akhirnya membawa kepada penjagaan pesakit dan keputusan rawatan yang lebih baik,” menurut kenyataan itu hari ini.

Selain itu, HPPSC telah mewujudkan rangka kerja tadbir urus yang telus dan diperkemas bagi menyokong proses semakan panel serta rayuan melibatkan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menyertai kemudahan tanpa tunai di bawah produk insurans dan takaful kesihatan serta perubatan (MHIT).

Rangka kerja itu menyediakan proses semakan dan rayuan yang tersusun berpandukan prinsip bagi menggalakkan penilaian yang adil dan saksama, penglibatan berterusan, pembuatan keputusan yang konsisten serta pemantauan berterusan.

“Inisiatif ini bertujuan memperkukuh keyakinan, di samping menambah baik tadbir urus dan penglibatan pihak berkepentingan bagi menggalakkan perbelanjaan penjagaan kesihatan yang berhemat, memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan integriti dan kemampanan keseluruhan ekosistem MHIT,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register