Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Projek Hospital MARA Lengkapkan Ekosistem Kesihatan - Pengerusi MARA
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Cadangan penubuhan Hospital MARA dikemukakan bertujuan melengkapkan ekosistem pendidikan dan keusahawanan perubatan Bumiputera, bukannya didorong oleh sentimen perkauman kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata projek itu disifatkan wajar, memandangkan MARA telah melahirkan puluhan ribu pakar perubatan, doktor dan jururawat menerusi institusi pendidikan di bawahnya seperti Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) di Ipoh, Perak.
“MARA sudah ada ekosistem yang lengkap dalam sektor kesihatan merangkumi pengajian kedoktoran, sains biomedikal, penyelenggaraan instrumen kesihatan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), hinggalah kepada rangkaian U.n.i Klinik dan Farmasi.
“Sudah tiba masanya MARA mempunyai hospital sendiri sebagai tempat latihan klinikal penuntut serta hospital perkhidmatan. Lagipun perkhidmatan hospital ini adalah untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, kerana etika doktor tidak pernah membeza-bezakan pesakit,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Asyraf Wajdi memaklumkan satu pasukan khas yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA Dr Mahzan Teh telah ditubuhkan, bagi menilai dan mengkaji kebolehlaksanaan projek berkenaan secara menyeluruh.
Dalam pada itu, mengulas desakan pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mahu beliau disiasat serta meletakkan jawatan berhubung isu Tabung Haji, Asyraf Wajdi berkata beliau tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan politik luaran.
Setiausaha Agung UMNO itu berkata kedudukannya sebagai Pengerusi MARA adalah atas amanah parti dan lantikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya memegang amanah untuk menjaga MARA yang lahir daripada rahim UMNO sendiri, demi memperkasakan agenda pendidikan dan ekonomi Bumiputera. Saya hanya menurut perintah Menteri KKDW. Jika beliau minta saya berhenti, saya berhenti, tetapi bukan atas desakan AMK.
“Tindakan membangkitkan isu yang tiada kaitan, termasuk mengaitkan nama saya dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, sedangkan nama saya langsung tidak pernah dipanggil atau disebut, hanyalah permainan persepsi jahat untuk merobek reputasi MARA,” katanya.