BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MARA Gerak Agenda Penubuhan Hospital Pertama - Asyraf Wajdi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

MARA Gerak Agenda Penubuhan Hospital Pertama - Asyraf Wajdi​

f6f46aa2f7c6de4b211bce2b402300a46a7c707147dd3

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Majlis Amanah Rakyat (MARA) memulakan langkah ke arah penubuhan Hospital MARA pertama menerusi pasukan khas yang akan menggerakkan agenda berkenaan, kata Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata MARA mempunyai ekosistem kesihatan yang lengkap untuk menyokong penubuhan hospital berkenaan, termasuk rangkaian 160 cawangan UniKLINIK, UniFarmasi, UniDental serta institusi pendidikan yang melahirkan tenaga profesional dalam bidang perubatan dan kesihatan.

“Pasukan khas menggerakkan agenda penubuhan Hospital MARA sudah dimulakan.

“MARA punya ekosistem lengkap untuk sebuah hospital dengan 160 cawangan UniKlinik, UniFarmasi, UniDental, Universiti Kuala Lumpur Royak College of Medicina Perak (UniKL RCMP) melahirkan doktor, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) melatih jururawat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata sudah tiba masanya MARA mempunyai hospital sendiri yang bukan sahaja berfungsi sebagai hospital pengajar tetapi juga sebagai pusat kecemerlangan kesihatan dan pemangkin ekonomi bumiputera.

Beliau berkata penubuhan hospital itu akan melengkapkan ekosistem pendidikan MARA khususnya UniKL RCMP yang menawarkan bidang perubatan dan kesihatan seperti kejururawatan, farmasi, fisioterapi serta program berkaitan.

Beliau berkata latihan klinikal dan pengalaman di hospital pengajar merupakan antara keperluan dalam melengkapkan ekosistem pendidikan berkenaan.

MARA juga, katanya mempunyai komponen lain yang boleh menyokong pembangunan hospital itu menerusi institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bidang kejuruteraan dan teknologi, selain jaringan keusahawanan, pembiayaan serta pembangunan industri.

Program sains bioperubatan di UniKL Malaysian Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH) dan disiplin teknologi di kampus UniKL lain juga boleh disepadukan dalam ekosistem Hospital MARA.

 
Back
Top
Log in Register