kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
NADI Bekerjasama Dengan KKM Laksana Program Rintis Penghantaran Ubat Melalui Dron Di Tawau
Gambar fail
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus memperluas perkhidmatannya melalui program rintis penghantaran ubat menggunakan dron di Tawau Sabah sekali gus memperkukuh peranannya daripada hab digital kepada pemudah cara penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Ketua Pejabat NADI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Dr Mohd Arif Adenan berkata projek yang dijangka bermula sekitar September atau Oktober itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI yang memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah komuniti, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Beliau berkata projek berkenaan akan melibatkan kira-kira 12 kampung di Tawau dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Suruhanjaya Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), kerajaan negeri dan beberapa agensi lain menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan.
"Program sebegitu akan membantu mengurangkan beban perjalanan pesakit di kawasan pedalaman untuk mendapatkan bekalan ubat, selain menjimatkan kos dan masa, khususnya bagi mereka yang tinggal jauh dari hospital," katanya kepada Bernama.
Mohd Arif berkata kajian Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapati penduduk di kawasan pedalaman Sabah perlu menempuh perjalanan sekitar 20 hingga 30 kilometer untuk mendapatkan rawatan di hospital, sekali gus menjadikan kos pengangkutan sebagai cabaran utama.
“Sekiranya program rintis itu berjaya, MCMC akan mempertimbang untuk memperluas ke kawasan lain yang mempunyai keperluan sama,” katanya.
Beliau berkata ketika ini, program penghantaran ubat melalui pos telah dilaksanakan dengan Pos Malaysia menjadikan NADI sebagai pusat sehenti bagi pengambilan ubat oleh komuniti setempat.
Selain itu, katanya, pusat komuniti itu turut menyediakan pemeriksaan kesihatan asas untuk pesakit yang memerlukan pemantauan berkala, sekali gus mengurangkan keperluan mereka hadir ke hospital bagi pemeriksaan rutin seperti tekanan darah.
"Sekiranya bacaan kesihatan pesakit tidak normal, NADI akan menghubungkan mereka terus dengan pihak hospital untuk pemeriksaan lanjut.