BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Sedia Pertimbang Bantu KKM Laksana Penerbangan Ihsan Bawa Pesakit Di Pedalaman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Sedia Pertimbang Bantu KKM Laksana Penerbangan Ihsan Bawa Pesakit Di Pedalaman​

522117df5b67839ac33984ee6892b7756aa8ee084c09b

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail bercakap pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia mempertimbangkan cadangan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan penerbangan ihsan bagi membawa pesakit untuk rawatan kecemasan di kawasan pedalaman.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata pihaknya menyambut baik cadangan berkenaan, namun mengakui Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM ketika ini berdepan dengan kekangan aset udara berbanding keluasan kawasan dan saiz keanggotaan pasukan.

Beliau berkata aset udara sedia ada di Sarawak merangkumi dua kapal terbang dan sebuah helikopter.

“Jadi, keperluan itu mungkin agak terdesak juga pada ketika ini, namun demi masa depan dan kerjasama yang lebih baik dengan kementerian terlibat, saya percaya perkara ini boleh kita pertimbangkan.

“Mungkin perolehan aset baharu ataupun kaedah-kaedah lain dapat memudahkan kementerian dan agensi bekerjasama bagi memastikan tugas serta tanggungjawab itu dilaksanakan dengan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Upacara Serah Terima Tugas Jawatan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata empat agensi kerajaan akan membantu KKM melaksanakan penerbangan ihsan bagi memastikan penduduk di kawasan pedalaman mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan.

Khidmat penerbangan ihsan itu akan digunakan sementara waktu sehingga siasatan berhubung nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas dan terbakar di Miri, Sarawak pada 8 Sept selesai.

Menyentuh tentang siasatan nahas terbabit, beliau berkata 20 saksi telah memberikan keterangan dan beberapa lagi kenyataan akan diambil bagi melengkapkan siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

 
Back
Top
Log in Register