BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penggunaan AI Dalam Penyediaan Dokumen Rasmi Tingkat Kecekapan Pentadbiran Awam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
22ee5b6b4941e5182e257aa30b79667f69622c631eda2

fb Munsyi Muda Bahasa

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) sebagai draf awal dalam penyediaan dokumen rasmi seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meningkatkan kecekapan pentadbiran secara berwawasan dan pragmatik sekali gus memastikan tadbir urus yang mantap.

Sekretariat Munsyi Muda Bahasa Kebangsaan (SEMUA) memaklumkan langkah itu selaras dengan aspirasi transformasi digital negara dan bertujuan meningkatkan kecekapan pentadbiran tanpa menjejaskan peranan pertimbangan manusia.

“SEMUA menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung penggunaan AI sebagai draf awal dalam penyediaan surat rasmi kerajaan dan kertas Jemaah Menteri sebelum ia disemak, diperhalus dan disahkan sepenuhnya oleh penjawat awam dan menteri berkaitan.

“AI digunakan sebagai alat sokongan produktiviti, bukan pengganti keputusan sekali gus membolehkan penjawat awam memberi tumpuan kepada analisis dasar, sensitiviti rakyat dan pertimbangan strategik,” menurut hantaran di Facebook Munsyi Muda Bahasa hari ini.

SEMUA memaklumkan penggunaan AI dalam sektor awam bukanlah sesuatu yang berlaku tanpa hala tuju kerana kerajaan telah menyediakan dasar dan rangka kerja yang jelas termasuk Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030, penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO), Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam oleh Jabatan Digital Negara serta kerangka Tadbir Urus dan Etika AI (AIGE).

“Semua ini memastikan penggunaan AI dilaksanakan secara beretika, selamat dan bertanggungjawab,” menurut hantaran itu.

SEMUA memaklumkan dari sudut keselamatan data, AI dalam pentadbiran awam sewajarnya dilaksanakan melalui sistem tertutup dan berdaulat serta dilengkapkan dengan prinsip semakan manusia, kawalan akses serta audit penggunaan.

“SEMUA juga mengambil maklum kebimbangan awam mengenai risiko salah guna teknologi dan kelemahan pemikiran penjawat awam.

“Namun, isu sebenar bukan pada teknologi itu sendiri sebaliknya terletak pada tatakelola, latihan dan disiplin penggunaan. Dengan garis panduan yang jelas dan akauntabiliti manusia yang strategik, AI berpotensi memperkukuh keupayaan berfikir dan kualiti perkhidmatan awam,” menurut hantaran itu.

 
Back
Top
Log in Register