combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerelevanan Linguistik, Kebolehcapaian Penting Untuk Penggunaan Ai
Kerelevanan lingusitik dan kebolehcapaian merupakan faktor penting dalam mendorong penggunaan kecerdasan buatan (AI) pada peringkat pengguna, khususnya dalam masyarakat berbilang bahasa seperti Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia Ethan Chen.
Sambil menegaskan bahawa kerelevanan, kebolehcapaian dan kemudahan penggunaan adalah penting, beliau berkata sistem AI perlu memahami tugas harian pengguna dalam pelbagai bahasa tanpa memerlukan pengguna memiliki pengetahuan teknikal yang khusus.
"’Pengguna bukan jurutera prompt, jadi sepatutnya mereka boleh menggunakan peranti AI dengan sangat mudah dan ringkas," katanya pada sesi panel bertajuk "Navigating Regional Strategy in a Shifting Global Order" pada persidangan M360 ASEAN 2026 di sini, hari ini.
Chen berkata keterbukaan dan kerjasama yang lebih erat antara pengeluar peranti, pengendali telekomunikasi, pembangun aplikasi dan platform AI dapat membantu merungkai batas teknologi sedia ada dan memberi pengguna pengalaman yang lebih menyeluruh.
"Kita melihat banyak peranti dalam ekosistem atau aplikasi sistem yang mempunyai batasan masing-masing. Maka, melalui keterbukaan dan kerjasama, mereka dapat bersama-sama mewujudkan persekitaran yang selamat dan dipercayai atau pengalaman lebih baik kepada pengguna," katanya.
Sesi panel yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Match-Maker Ventures Nicolai Schaerrgen itu turut membincangkan integrasi serantau dengan ahli panel menyarankan pendekatan bergotong-royong bagi membangunkan ekosistem AI ASEAN menerusi perkongsian data, bakat dan sumber pengkomputeran serantau, berbanding setiap negara cuba membangunkan segala-galanya bersendirian.
Sementara itu, Pengarah Kanan AI Singapore Leslie Teo berkata pendekatan berasaskan komuniti dan sumber terbuka amat diperlukan di Asia Tenggara, yang mempunyai kira-kira 1,200 bahasa selain kepelbagaian budaya, sejarah dan realiti sosioekonomi.
"Konsep komuniti membangunkan teknologi secara bersama bukanlah sesuatu yang baharu, malah sebahagian besar pembangunan AI masa kini mendapat manfaat daripada gerakan sumber terbuka global yang membolehkan pengetahuan tersedia untuk dibangunkan pihak lain.