combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia Ke 109 serta pelancaran kumpulan advokasi remaja wanita memperkasa suara dan inspirasi mereka bersama pelancaran girl guide cookies 2025 di Wisma Pandu Puteri.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Teknologi perlu digunakan penuh tanggungjawab dan beretika khususnya dalam membentuk sahsiah dan daya tahan remaja perempuan, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah yang juga Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) berkata kemajuan teknologi termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang perlu dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan supaya ahli Pandu Puteri dapat membentuk identiti yang kukuh, pertumbuhan peribadi seimbang serta mendukung nilai moral.
“Kemajuan teknologi yang dicapai pada masa kini haruslah digunakan untuk tujuan yang murni. Kita tidak mahu ketinggalan. Walaupun AI mempunyai potensi besar, ia perlu digunakan dengan penuh tanggungjawab.
“Pada masa sama, kita perlu bersama-sama bertanggungjawab untuk memastikan ahli Pandu Puteri mempunyai jati diri yang tinggi serta seimbang dari sudut pembangunan insan, mempunyai empati yang tinggi, luhur budi pekerti dan mengamalkan nilai ketimuran dan adab sopan yang sesuai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun PPPM ke-109 di sini hari ini.
Wan Azizah turut mengingatkan ibu bapa dan penjaga supaya peka terhadap aktiviti dalam talian anak-anak, di samping menekankan peningkatan penggunaan teknologi yang tidak beretika akan membawa risiko besar.
“Sama-samalah kita pantau penggunaan media sosial anak-anak kita. Bukan untuk mengongkong kebebasan, tetapi bagi mengelak daripada berlakunya perkara-perkara negatif,” katanya.
Pada majlis berkenaan, beliau turut mengumumkan pelancaran Kumpulan Advokasi Remaja Wanita, yang disifatkan beliau sebagai inisiatif penting yang menyediakan ruang untuk wanita muda menyuarakan kebimbangan mereka dan memperjuangkan isu penting.
“Melalui kumpulan advokasi ini, kita mahu melahirkan pemimpin wanita muda yang berani, berilmu, dan mampu mencorak masa depan negara dengan penuh hikmah,” katanya.
Penggunaan AI Secara Beretika Penting Untuk Bentuk Remaja Perempuan Berdaya Tahan - Wan Azizah
Wan Azizah, Pandu Puteri, teknologi, AI, ulang tah