BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Media Beretika, Bebas Dan Bertanggungjawab Penting Perkukuh Demokrasi - Fahmi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Media Beretika, Bebas Dan Bertanggungjawab Penting Perkukuh Demokrasi - Fahmi​

ae8df9b8d34001418c21a14b49be2a496a5b19a6d0f3b

Kredit: Laman Facebook Fahmi Fadzil

Media yang beretika, bebas dan bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam memperkukuh demokrasi serta membentuk masyarakat yang bermaklumat, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata peranan itu semakin penting dalam era yang dipenuhi pelbagai maklumat dan cabaran berita palsu.

“Terima kasih kepada seluruh pengamal media atas komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan. Semoga terus menjunjung integriti dan menyampaikan kebenaran demi kepentingan rakyat serta negara,” katanya.

Fahmi turut memaklumkan beliau mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2026 yang menyaksikan penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2025 bagi menghargai kecemerlangan dan sumbangan warga media.

Acara itu, yang berlangsung di sebuah hotel di sini semalam, menghimpunkan kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada ketua pengarang, editor, wartawan, pengamal media, wakil kementerian dan agensi kerajaan, syarikat korporat, institusi pengajian tinggi serta rakan strategik industri berkenaan.

MWM ialah acara berprestij tahunan anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang menjadi platform untuk menghargai sumbangan pengamal media, mengiktiraf kecemerlangan kewartawanan serta memperkukuh hubungan strategik antara industri media, kerajaan dan sektor korporat.

 
Back
Top
Log in Register