BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KBS Perluas Program Kuasa Orang Muda Untuk Perkukuh Demokrasi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

KBS Perluas Program Kuasa Orang Muda Untuk Perkukuh Demokrasi​

3a908876a46933d473d171ff4b2a7ef26a7561fd48879

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Rakan Demokrasi:Kuasa Orang Muda 2026 di Menara KBS hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperluaskan pelaksanaan inisiatif Kuasa Orang Muda (KOM) ke seluruh negara bagi memperkukuh pendidikan demokrasi dalam kalangan belia sebagai pelaburan jangka panjang susulan pelaksanaan Undi18.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata inisiatif di bawah payung Rakan Muda itu bertujuan meningkatkan literasi politik, demokrasi dan kepimpinan dalam kalangan belia, sekali gus melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berfikiran kritis serta mampu membuat keputusan secara matang dan bertanggungjawab.

“Kami menjelajah ke semua institusi pendidikan tinggi, kolej, masuk ke kampung-kampung dan menganjurkan karnival. Tumpuan dan sasaran kami adalah anak muda kerana ini bukan program sekali anjur dan memerlukan beberapa siri program. Kita akan menuai hasil selepas beberapa kali atau beberapa tahun dan selepas itu baru kita akan melihat bahawa langkah pertama ini adalah langkah yang sangat penting.

“Selepas kami melaksanakan Undi18, apa yang perlu kami laksanakan adalah menyediakan platform yang baik untuk anak-anak muda diberikan pendedahan. Banyak anak muda yang belum tahu bagaimana untuk mengundi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Bulan Rakan Demokrasi menerusi inisiatif KOM di sini hari ini.

Kerajaan mula melaksanakan Undi18 bermula 1 Jan 2022 seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak pada 6 Sept 2021.

Dr Mohammed Taufiq berkata pendekatan yang digunakan adalah mudah difahami dan semua modul yang dibangunkan bersifat neutral tanpa unsur politik kepartian, sebaliknya memberi ruang kepada belia membuat pilihan berdasarkan kefahaman sendiri.

“Kami mahu membudayakan politik prestasi berbanding politik identiti. Anak muda perlu memilih pemimpin berdasarkan data, fakta dan prestasi, bukan sentimen semata-mata,” katanya.

Bermatlamatkan untuk memberikan ilmu kepada anak muda supaya mereka sedar hala tuju negara berada di tangan mereka dan membuat pilihan yang bertanggungjawab, beliau berkata inisiatif itu membolehkan pandangan orang muda disalurkan secara sistematik untuk pertimbangan pembuat dasar serta polisi dalam pembangunan negara.

Sepanjang Bulan Rakan Demokrasi, pelbagai program akan diadakan di seluruh negara, dengan acara kemuncak ialah Festival Kuasa Orang Muda x Mega Careers & Study Fair (MCASF) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Ogos, selain Siri Jelajah KOM ke institusi pengajian tinggi dan lokasi tumpuan awam.

 
Back
Top
Log in Register