BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parlimen Belia Malaysia Platform Bentuk Generasi Muda Fahami Amalan Demokrasi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Parlimen Belia Malaysia Platform Bentuk Generasi Muda Fahami Amalan Demokrasi​

800ce9615061a1b11cf4e3df2e32c34e6a8ff7146e633

Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah

Parlimen Belia Malaysia (PBMy) merupakan platform penting dalam membentuk generasi muda yang memahami amalan demokrasi, mampu berfikir secara kritis serta berani menyuarakan pandangan dengan penuh tanggungjawab, kata Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Beliau berkata Parlimen Belia boleh dianggap sebagai “sekolah demokrasi” kerana ia memberi ruang kepada golongan muda mempelajari dan menghayati proses demokrasi termasuk mengemukakan pandangan, berbahas, menerima kritikan serta menghormati keputusan majoriti.

“Paling penting, mereka belajar bahawa setiap pendirian yang diambil datang bersama tanggungjawab. Pengalaman seperti inilah yang membentuk watak seorang pemimpin.

“Kepimpinan bukan hanya tentang keupayaan untuk bercakap tetapi juga kesediaan untuk mendengar, bukan hanya memberi arahan tetapi memahami masalah dan mencari penyelesaian, bukan hanya memegang jawatan tetapi memikul amanah,” katanya ketika berucap pada program “Tranung Mari! Dari Kampus ke Parlimen: Suara Belia Membentuk Masa Depan Malaysia” di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini hari ini.

Awang Bemee berkata Parlimen Malaysia berperanan sebagai pembuat keputusan, manakala Parlimen Belia pula merupakan platform “pemberi pendapat” daripada perspektif generasi muda, sekali gus melengkapkan usaha memperkukuh amalan demokrasi negara.

Katanya, golongan muda merupakan denyut nadi kehidupan dan masa depan negara, maka pembangunan generasi berilmu, berintegriti serta mempunyai semangat kebangsaan perlu diberi perhatian.

Dalam pada itu, beliau menggariskan tiga teras penting dalam memperkasakan golongan muda, iaitu keterbukaan dan demokrasi yang inklusif, pendidikan yang berkualiti dan relevan serta kebebasan yang disertai tanggungjawab.

Mengulas teras pertama, Awang Bemee berkata negara yang kuat ialah negara yang memberi ruang kepada rakyat khususnya golongan muda untuk bersuara, didengar dan dihargai menerusi keterbukaan, ketelusan serta penghormatan terhadap kepelbagaian pandangan.

Beliau berkata Malaysia sebagai negara berbilang kaum, agama dan budaya perlu menjadikan kepelbagaian sebagai kekuatan dengan masyarakat saling mengenali, memahami dan menghormati antara satu sama lain.

 
Back
Top
Log in Register