BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

€œHari Terbuka Parlimen Buka Ruang Belia Fahami Demokrasi” - Young Syefura

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

“Hari Terbuka Parlimen Buka Ruang Belia Fahami Demokrasi” - Young Syefura​

f6e83d1452b498f3b263212d5576adf96aa3ff31dc25c

Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman

Hari Terbuka Parlimen Malaysia 2026 menjadi platform penting untuk mendekatkan golongan belia dengan institusi demokrasi negara, sekali gus memberi pendedahan secara langsung mengenai proses perbahasan dan fungsi Parlimen.

Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman berkata program yang berlangsung pada 12 dan 13 Sept itu memberi peluang kepada golongan muda memahami dengan lebih dekat sistem demokrasi serta peranan institusi Parlimen.

Beliau berkata penglibatan golongan muda amat penting kerana mereka bukan sekadar pemimpin masa depan, malah turut mempunyai peranan pada masa kini dan perlu diberi ruang serta pengalaman untuk memahami perjalanan institusi demokrasi.

“Mereka inilah pemimpin. Orang selalu kata pemimpin akan datang, tetapi bagi saya mereka adalah pemimpin hari ini dan pemimpin masa depan,” katanya ketika menjadi tetamu program Darah Muda terbitan Bernama TV bertajuk 67 Tahun Parlimen Malaysia: Kanta Reformasi Belia malam ini.

Young Syefura berkata antara wadah yang memberi pendedahan sedemikian ialah Parlimen Belia yang membolehkan golongan muda merasai sendiri pengalaman berada di Parlimen, termasuk berdebat dan membahaskan isu yang dekat dengan kehidupan mereka seperti perumahan, pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.

Beliau berkata Hari Terbuka Parlimen Malaysia juga merupakan antara usaha merakyatkan institusi itu dengan membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia, bangsa dan agama untuk melihat sendiri perjalanan sistem demokrasi negara.

Young Syefura berkata penganjuran tahun ini diadakan secara besar-besaran dengan kira-kira 40 pameran melibatkan agensi kerajaan dan swasta, selain pelbagai aktiviti untuk pengunjung daripada kanak-kanak hingga golongan dewasa.

Antara aktiviti yang disediakan ialah pameran robotik, realiti maya (VR), tayangan filem tempatan secara percuma, e-sukan, futsal, permainan elektronik dan kempen derma darah, selain lawatan ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Beliau berkata menerusi lawatan itu, pengunjung turut berpeluang mengenali dengan lebih dekat peranan dan tugas Ahli Parlimen, Speaker serta warga Parlimen.

 
Back
Top
Log in Register