Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,768
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,768
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
MAIWP Perluas Program Hijrah Asnaf Tanaman Fertigasi Cili
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan (dua, kanan) bergambar selepas menandatangani plak perasmian Tuai Hasil Program Hijrah Asnaf Fertigasi Cili Kerjasama Strategik MAIWP dan Agrobank 2026 di Kompleks Darul Kifayah hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Nizam Yahya (kanan).
Kejayaan pelaksanaan Program Hijrah Asnaf Tanaman Fertigasi Cili mendorong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperluas kawasan projek daripada tiga ekar kepada lima ekar bagi musim kedua.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pencapaian projek berkenaan membuktikan pendekatan pembangunan asnaf menerusi penguasaan kemahiran pertanian moden mampu membuka peluang kepada peserta meningkatkan keupayaan ekonomi mereka.
"Alhamdulillah, kita melihat projek ini sangat cemerlang dengan tuaian pertama sahaja lebih 16.7 tan cili telah berjaya dihasilkan dan membawa pulangan lebih RM207,000 kepada usahawan asnaf kita.
"Seramai 10 asnaf yang terlibat disiapkan bukan sahaja dengan pengetahuan mengenai fertigasi, tetapi juga dengan pengetahuan pemasaran, kewangan dan pengetahuan lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tuaian Hasil Projek Fertigasi Cili Asnaf MAIWP dengan kerjasama Agrobank di sini hari ini.
Zulkifli berkata kejayaan itu turut membuka peluang kepada peserta mengembangkan aktiviti ke sektor hiliran menerusi penghasilan produk berasaskan cili yang mempunyai nilai tambah dan berpotensi dipasarkan dengan lebih meluas.
“Sekarang mereka sudah menghasilkan jeruk cili, sambal hijau dan sambal merah yang boleh dipasarkan. Jadi ini yang kita ingin lihat bahawa asnaf kita mempunyai kemahiran." katanya.
Program berasaskan dana wakalah berjumlah RM848,000 itu melibatkan pembiayaan RM700,400 daripada Agrobank dan RM147,600 daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP, selain peserta menerima bimbingan teknikal berterusan daripada Agrobank Centre of Excellence (ACE) sejak September 2025.
Sementara itu, seorang peserta program, Alinda Rosely, 49, berkata penyertaannya dalam program berkenaan membantu beliau membina semula kehidupan sebagai ibu tunggal sejak November tahun lepas.
"Bila kita diuji, kita tidak boleh selalu mendongak ke atas, kadang-kadang kita kena pandang ke bawah.