BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Media Beretika Perkukuh Diplomasi Negara - MPI

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
edb8a617c8efc4846e39d24509b130f2694811573da5e

Datuk Yong Soo Heong

Malaysian Press Institute (MPI) meminta agar pelaporan berkaitan bencana alam, tragedi dan isu kemanusiaan dilaksanakan secara beretika, berfakta dan berperikemanusiaan dengan mengambil kira sensitiviti budaya, tata susila serta hubungan antara negara khususnya dalam konteks pelaporan rentas sempadan.

Presiden MPI Datuk Yong Soo Heong berkata media memikul tanggungjawab penting bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada masyarakat  tetapi turut membentuk kefahaman awam, memelihara maruah mangsa serta menjaga keharmonian hubungan dua hala dan serantau.

“Dalam situasi bencana dan krisis kemanusiaan, pelaporan kewartawanan tidak wajar didorong oleh emosi melampau, sensasi atau naratif yang boleh mencetuskan salah faham.

“Sebaliknya, ia perlu berteraskan kepercayaan, ketepatan fakta serta kefahaman menyeluruh terhadap realiti sebenar di lapangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Merujuk kejadian bencana alam di Pulau Sumatera serta pendirian Indonesia yang memilih untuk tidak menerima bantuan luar negara, Yong berkata media perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membentuk naratif pelaporan agar tidak menimbulkan salah tafsir atau persepsi negatif.

Beliau berkata pelaporan yang tepat, seimbang dan berhemah amat penting bukan sahaja untuk memastikan masyarakat memperoleh maklumat sebenar, malah bagi mengekalkan hubungan baik dan persefahaman antara dua negara jiran yang berkongsi sejarah, budaya serta kepentingan strategik serantau.

“Media Malaysia yang membuat liputan berkaitan bencana tersebut perlu mengekalkan standard etika yang tinggi, bersikap prihatin terhadap musibah berlaku di Acheh dan beberapa wilayah di Sumatera Utara serta menghormati segala dasar dan keputusan ditetapkan kerajaan Indonesia,” katanya.

Sehubungan itu, MPI menasihati pengamal media tempatan agar mengamalkan pelaporan yang menghormati hubungan dua negara serta berprinsip setiakawan dengan menzahirkan empati, kepekaan serta rasa tanggungjawab bersama dalam menyampaikan maklumat berkaitan bencana dan kemanusiaan.

Menurut kenyataan MPI, latihan profesional yang dilaksanakan sentiasa menggariskan kepentingan kefahaman konteks lapangan, implikasi diplomatik serta tanggungjawab sosial media dalam setiap pelaporan berkaitan krisis dan tragedi.

 
Back
Top
Log in Register