combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
AI Perlu Dimanfaat Semua Lapisan Masyarakat - Wan Azizah
Isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat PPD Bangsar/Pudu Tahun 2025 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Akses kepada ilmu dan kemahiran kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas bagi memastikan manfaat teknologi itu dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah yang juga isteri Perdana Menteri berkata melalui penggunaan yang betul dan bertanggungjawab, AI mampu membantu pelajar menimba ilmu, golongan pekerja meningkatkan kemahiran dan usahawan mengembangkan perniagaan mereka.
"Inilah pendekatan Kerajaan MADANI iaitu memastikan kemajuan teknologi bukan hanya dinikmati oleh kelompok tertentu tetapi benar-benar membuka peluang kepada semua lapisan rakyat," katanya ketika merasmikan Jelajah AI MyMahir TalentCorp Edisi Bandar Tun Razak di sini hari ini.
Program anjuran Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) itu menghimpunkan lebih 450 peserta terdiri daripada pelajar, belia, pendidik dan usahawan dengan memberi pendedahan praktikal melalui modul latihan amali serta bimbingan fasilitator industri.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp Biruntha Mooruthi berkata pendekatan amali yang diterapkan bertujuan memastikan peserta bukan sekadar memahami teori, malah mampu mengaplikasikan AI dalam pembelajaran serta pembangunan kerjaya masing-masing.
Beliau berkata setakat ini, lebih 6,000 peserta daripada pelbagai latar belakang telah mengikuti Jelajah AI MyMahir TalentCorp, sekali gus mencerminkan minat rakyat untuk memahami teknologi baharu.
"Tanggungjawab kami adalah memastikan pembelajaran tersebut mudah diakses, relevan dan dekat dengan keperluan sebenar mereka," katanya.
Melalui program itu, peserta turut diperkenalkan kepada asas AI, penggunaan teknologi secara bertanggungjawab serta perspektif industri mengenai peranan AI dalam pekerjaan dan ekonomi masa depan, selain menerima MyMahir AI Skills Credit bernilai RM5,000 bagi meneruskan pembangunan kemahiran berkaitan AI.
Jelajah AI MyMahir TalentCorp merupakan inisiatif Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang dilaksanakan oleh TalentCorp bagi membawa kemahiran AI secara praktikal dan mudah difahami kepada rakyat.