BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penggunaan Karya Berhak Cipta Bagi Latihan AI Tertakluk Kebenaran Pemilik

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Penggunaan Karya Berhak Cipta Bagi Latihan AI Tertakluk Kebenaran Pemilik​

8e43858ff542989ceab32a798343efa86a7175d843303

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh

Penggunaan karya berhak cipta bagi tujuan melatih model kecerdasan buatan (AI) adalah tertakluk kepada kebenaran pemilik hak cipta, selain mekanisme pelesenan dan pembayaran royalti perlu dipersetujui pihak berkaitan mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata prinsip itu terpakai kepada semua penggunaan karya berhak cipta tanpa mengira sama ada melibatkan teknologi AI atau sebaliknya.

"Mana-mana karya perlu ada persetujuan daripada pemilik hak cipta, tidak kiralah sama ada ia digunakan dalam bentuk AI atau tidak," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Wu Him Ven yang meminta penjelasan sama ada kerajaan berpendirian bahawa penggunaan karya berhak cipta untuk melatih model AI perlu mendapat kebenaran pemilik hak cipta serta sama ada mekanisme pelesenan dan pembayaran royalti akan diperkenalkan bagi memastikan pencipta tempatan menerima pampasan sewajarnya.

Fuziah berkata Seksyen 27 Akta Hak Cipta 1987 memperuntukkan bahawa mekanisme pembayaran ditentukan melalui persetujuan antara pihak terbabit yang diterjemahkan menerusi pelesenan atau penyerahhakan hak, selain boleh diuruskan melalui Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) yang bertindak bagi pihak pemunya hak cipta.

Menjawab soalan tambahan Senator Wan Martina Wan Yusoff mengenai impak AI terhadap industri kreatif, Fuziah berkata kerajaan belum menjalankan kajian khusus berhubung kesan karya janaan AI terhadap peluang pekerjaan dan pendapatan penggiat industri kreatif tempatan.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sedang melaksanakan libat urus berterusan dengan pelbagai pihak serta meneliti pendekatan yang dilaksanakan di negara lain sebelum mempertimbangkan sebarang dasar atau kerangka perundangan baharu.

"Belum ada kajian impaknya kerana kita sedang mengadakan libat urus dan melihat model-model yang dilaksanakan di negara lain supaya kita benar-benar dapat memahami kesannya. AI berkembang begitu pantas, jadi libat urus itu berterusan," katanya.

Terdahulu, Fuziah memaklumkan bahawa sehingga kini tiada kes mahkamah direkodkan di Malaysia berkaitan pelanggaran hak cipta melibatkan penggunaan teknologi AI.

 
Back
Top
Log in Register