combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Guardian Malaysia Cipta Rekod Baharu Bagi Pendaftaran Keahlian Terbesar Program Ganjaran
Pengarah Urusan guardian Malaysia Priscilla Wu (Kredit: guardian Malaysia)
Guardian Malaysia telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Pendaftaran Keahlian Terbesar untuk Program Ganjaran dalam Tempoh Setahun” selepas program kesetiaan pelanggan berasaskan aplikasi miliknya, MYguardian Rewards berjaya mendaftarkan sebanyak 6.2 juta ahli unik dalam tempoh tahun pertamanya.
Pertumbuhan memberangsangkan itu, yang dicatat setakat Mac 2026, mencerminkan peningkatan ketara dan mengatasi kebiasaan industri dengan jumlah keahlian terus meningkat kepada lebih 7.5 juta pada akhir Julai lepas.
Sebagai meraikan pencapaian istimewa ini, Guardian menjadikan Ogos sebagai bulan sambutan bersama dengan para ahli MYguardian Rewards.
Majlis itu berlangsung di stor Guardian Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), yang juga stor flagship pertamanya sebelum ini dan telah dinaik taraf serta baharu dibuka semula.
Pengarah Urusan Guardian Malaysia dan Brunei Priscilla Wu berkata pencapaian itu membuktikan kepercayaan pelanggan serta daya tarikan pengalaman tersendiri yang ditawarkan melalui MYguardian Rewards, yang sememangnya berbeza daripada program lain di luar sana.
"Kami adalah No. 1 dan program ganjaran kami sememangnya luar biasa namun yang lebih membanggakan ialah kejayaan kami mencatatkan pendaftaran keahlian terbesar dalam tempoh setahun, atau boleh saya katakan, yang paling pantas berkembang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata MYguardian Rewards adalah platfom ganjaran serba lengkap milik Guardian Malaysia yang telah mengubah cara rakyat negara ini membeli-belah, berjimat dan kekal sejahtera.
Melalui satu aplikasi, ahli boleh menikmati pelbagai manfaat termasuk pengumpulan mata ganjaran dan rebat segera yang diperibadikan, disokong oleh enjin kecerdasan pelanggan yang canggih.
Pemprofilan pelanggan membolehkan Guardian menawarkan promosi yang lebih bersesuaian dengan keperluan dan minat setiap pembeli selain kempen eksklusif bersama rakan kongsi serta fiesta khas dengan pengalaman tersendiri untuk ahli.