BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shannon Cipta Rekod Sukma Tiga Kali, Sumbang Dua Emas Selangor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Shannon Cipta Rekod Sukma Tiga Kali, Sumbang Dua Emas Selangor​

bdbcddae09ca0107f046a4507ac9258a6a884d9971c67

8199229e2a6a9995ba8708c1f3d828dc6a884dc3467e3

Atlet Selangor Shannon Tan menunjukkan pingat Emas yang dimenangi dalam acara akhir Renang 200 Meter Gaya Kuak Kupu-Kupu Wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Pusat Akuatik Selangor hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perenang sensasi berusia 15 tahun Shannon Tan mencipta hari gemilang apabila memecahkan rekod Sukan Malaysia (SUKMA) sebanyak tiga kali, selain membantu Selangor meraih dua pingat emas pada temasya SUKMA Selangor 2026, di sini hari ini.

Shannon terlebih dahulu memecahkan rekod SUKMA dalam acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu wanita pada sesi saringan pagi dengan catatan 2 minit 15.77 saat (s) di Pusat Akuatik Darul Ehsan, sekali gus memadam rekod terdahulu 2:17.79s milik perenang Sarawak, Hii Siew Siew, yang dilakukan pada edisi 2012 di Pahang.

Pada saingan final, Shannon tampil lebih bertenaga apabila mencatat 2:15.13s untuk meraih emas, sekali gus memperbaiki rekod temasya miliknya buat kali kedua pada hari yang sama.

Catatan itu juga menyaksikan beliau hanya ketinggalan 0.83 saat daripada rekod kebangsaan 2:14.30s milik Khoo Cai Lin yang dilakukan pada 2009.

Namun, aksi cemerlang Shannon belum berakhir apabila beliau kembali membantu Selangor meraih emas dalam acara 4x100m gaya bebas wanita, selain sekali lagi memecahkan rekod SUKMA.

Kuartet Selangor yang turut dibarisi Khew Zi Xian, Chong Yi Yuan dan Eliza Ai Shen Tan mencatat masa 3:54.54s untuk memperbaharui rekod temasya 3:55.84s yang dilakukan oleh mereka sendiri pada edisi lalu di Sarawak.

Wilayah Persekutuan meraih perak dengan catatan 3:58.13s, manakala Pulau Pinang membawa pulang gangsa selepas merekodkan 3:59.83s.

Bercakap kepada pemberita selepas upacara penyampaian pingat, Shannon berkata dua rekod yang dilakarnya hari ini amat bermakna, terutama selepas memberikan persembahan terbaik dalam acara individu dan berganti-ganti.

Walaupun mencatat persembahan cemerlang, Shannon mengakui masih dahagakan kejayaan, dengan peluang untuk mencabar rekod kebangsaan dalam acara lain menjadi motivasi tambahan untuknya meningkatkan usaha dalam latihan.

 
Back
Top
Log in Register