BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SUKMA 2026: Kai Le Padam Rekod 26 Tahun, Rangkul Emas Rejam Lembing

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

SUKMA 2026: Kai Le Padam Rekod 26 Tahun, Rangkul Emas Rejam Lembing​

b1b388b6e3918502102008e4d8f9c0206a828e2ce8677

7ce938ee9d0f7c12e5e206622b81c46b6a828e63a1fe8

Kredit: Olahraga Malaysia

Atlet Johor Chai Kai Le mencipta sensasi apabila memperbaharui rekod Sukan Malaysia (SUKMA) berusia 26 tahun untuk merangkul pingat emas acara rejam lembing lelaki pada edisi Selangor 2026 hari ini.

Atlet berusia 18 tahun itu melakukan rejaman sejauh 64.44 meter (m) pada percubaan kedua di Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), sekali gus memadam rekod temasya 62.33m milik atlet Sarawak, Kho Mei Kuan yang dicatat pada edisi 2000 di Pulau Pinang

Pingat perak menjadi milik wakil Pulau Pinang, Tan Chun Wei yang mencatat rejaman 60.43m, manakala rakan sepasukan Kai Le dari Johor, Mohd Noor Iman Norman membawa pulang gangsa dengan catatan 59.04m.

Bercakap kepada pemberita, Kai Le yang juga pemegang rekod kebangsaan bawah 20 tahun dengan catatan 65.65m, berkata beliau turun beraksi dengan sasaran untuk memperbaharui rekod temasya berkenaan.

“Memecahkan rekod itu memang dalam jangkaan saya kerana saya telah membuat persiapan rapi untuk SUKMA ini sejak dua tahun lepas. Jadi, saya sememangnya berpuas hati dan gembira dengan keputusan yang dicapai.

“Selepas rejaman kedua, saya melakukan kesilapan dari segi teknik menyebabkan bahagian bawah belakang saya terasa sakit dan badan mula keletihan. Jadi, saya tidak dapat melakukan rejaman lebih baik dan selepas itu hanya memberi tumpuan untuk mengawal keadaan serta mengelakkan kecederaan menjadi lebih serius,” katanya.

Sementara itu, atlet Pulau Pinang berusia 18 tahun, Mohammad Aiman Haikal Sahrudin meraih pingat emas acara jalan kaki 10,000 meter (m) lelaki selepas mencatat masa 47 minit 28.84 saat (s).

Atlet Kelantan, Ahmad Farish Irfan Ahmad Fahmi meraih pingat perak dengan catatan 47:37.17s, manakala atlet remaja kebangsaan dari Wilayah Persekutuan, Khor Jing Hong terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mencatat masa 47:49.27s.

“Selepas ini sasaran saya untuk menembusi skuad kebangsaan dan melayakkan diri ke Sukan SEA 2027. Untuk Sukan SEA tiada acara 10,000m, jadi saya akan beri tumpuan dalam 20,000m yang juga acara saya akan sertai selepas ini di sini,” kata anak jati Kampung Tanah Liat, Pulau Pinang itu.

 
Back
Top
Log in Register