Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,780
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,780
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
YAPEIM Cipta Sejarah, Rekod Pencapaian Sulung Dalam MBOR
Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Zabidi Nasan (tengah) menerima Sijil Malaysian Book of Records (MBR) daripada pegawai (MBR) Megat FarisHussein Megat Muzaffar Shah (kiri) pada Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan The Malaysia Book of Records YAPIEM hari ini.
Turut kelihatan Pemangku Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat (YAPEIM) Saiful Khairi Kamarudin (kanan). Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) mencipta sejarah apabila buat julung kalinya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kategori 'Most Guests Featured in a Podcast Program'.
- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) mencipta sejarah apabila buat kali pertama mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kategori Tetamu Paling Ramai ditampilkan dalam Program Audio Siar.
Ketua Pengarah YAPEIM Zabidi Nasan berkata pengiktirafan itu menjadi lonjakan kepada usaha agensi tersebut membudayakan ilmu dan pemikiran intelektual dalam kalangan masyarakat dengan pemilihan audio siar dilakukan kerana medium itu antara instrumen popular ketika ini.
“Audio siar platform yang dekat dengan masyarakat dan mereka lebih suka sesuatu perkara disampaikan dalam keadaan santai, tetapi (mesejnya) sampai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan MBOR kepada YAPEIM di sini hari ini.
Zabidi berkata penerbitan audio siar juga tidak memerlukan kos dan ruang yang besar, namun mempunyai capaian meluas kepada rakyat Malaysia dan berpotensi sehingga ke peringkat antarabangsa.
Beliau bagaimanapun berkata kejayaan itu tidak bermakna YAPEIM akan mengetepikan wacana intelektual dan persidangan yang lebih serius.
“Matlamat utama penerbitan audio siar ialah mencergaskan masyarakat dengan ilmu yang betul serta membolehkan mereka menilai maklumat dan berita berdasarkan kayu ukur daripada disiplin ilmu,” katanya.
Program audio siar itu diterbitkan khas berkaitan “Policy Dialogue 2026: Pembentukan Model Tadbir Urus Infak dan Resolusi Dasar Nasional” yang mengangkat perbincangan mengenai ekonomi Islam, pembangunan ummah dan kelestarian ekonomi berteraskan nilai kemanusiaan.
Rakaman audio siar itu berlangsung selama 16 jam dalam tempoh dua hari bermula 23 Julai, membabitkan 27 siri dengan penyertaan 31 panel jemputan terdiri daripada tokoh kerajaan, pemimpin industri, penggubal dasar, institusi kewangan, ahli akademik dan usahawan.
Program itu diadakan sempena Humane Economy Global Discourse 2026 (HEGD 2026).