combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Philips Cipta Rekod Malaysia, Gosok Kemeja Sekolah Terbanyak Dalam Tempoh Sejam
Kredit: Philips
Philips Domestic Appliances Malaysia mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya menggosok 49 helai kemeja sekolah dalam tempoh 60 minit menggunakan model seterika PerfectCare Steam Generator (PSG) yang telah dinaik taraf.
Menerusi kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan bahawa rekod itu diiktiraf bagi kategori “Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh Sejam 2026” melalui percubaan menggosok kemeja lengan pendek, yang dipakai oleh murid lelaki sekolah dan menengah serta murid perempuan yang memakai seragam pinafore, di premis Harvey Norman Mid Valley Megamall di sini.
Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia Patt Sue-Ann berkata pihaknya percaya inovasi yang bermakna sebenarnya membantu menyelesaikan cabaran sebenar dalam kehidpan seharian.
“Bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, lazimnya tugas menggosok pakaian seragam sekolah memakan masa yang banyak, namun dengan model seterika Philips PerfectCare Steam Generator yang telah dinaik taraf ini, kami mahu menawarkan penyelesaian praktikal supaya rakyat Malaysia dapat menjalani hidup yang lebih baik, menjimatkan masa dan memberikan peluang untuk insan tersayang,” katanya.
Sementara itu, jurucakap MBOR Megat Faris Megat Muzzafar Shah mengesahkan pencapaian itu sebagai rekod rasmi selepas menilai percubaan tersebut.
“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada pencapaian Philips Domestic Appliances Malaysia. Cabaran ini selari dengan misi Malaysia Book of Records yang telah mendokumentasikan serta meraikan pelbagai kejayaan rakyat Malaysia sejak lebih 30 tahun.
“Pengiktirafan ini juga mampu meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna terhadap sesuatu jenama,” menurutnya dalam kenyataan sama.
Philips turut memaklumkan bahawa seterika itu mampu mengurangkan purata masa menggosok pakaian sehingga 50 peratus manakala siri PSG 8000 menawarkan kadar stim berterusan sebanyak 215 gram seminit, dengan model terpilih dilengkapi fungsi semburan stim tambahan antara 750 dan 850 gram.
Ciri lain termasuk teknologi OptimalTemp, tangki air berkapasiti 1.4 liter yang boleh ditanggalkan dan seterika dimatikan secara automatik apabila tidak digunakan dalam tempoh empat minit.